Translate

24/08/2011

DATO' SERI RAIS SAHAJA YANG BERANI SAMAN !!! KDN CAKAP AJE TAPI TAK BUAT


KDN - Kenapa perlu tunggu, nasihat serta minta penjelasan ??? Perlu bertindak sepertimana yang dilakukan oleh Dato' Seri Rais Yatim menyaman blogger yang kurang ajar dan memfitnahnya. Jangan tunggu lama-lama, bertindak segera sebelum parah.  Mahkamah kan ada, ikut perundangan yang diperuntukkan.


Zuraida @ Mak Lampir dan melampau dan keterlaluan menghina Kerajaan sebegini rupa.  Apa yang Mak Lampir Zuraida Kamaruddin dari Ampang ni nak berdolak dalik lagi? Dah terkantoi menipu rakyat Malaysia berkenaan isu surat Bai’ah PATI, lepas tu ada hati nak salahkan kerajaan pulak ke?

Kenapa pula kerajaan tak boleh nak ambil tindakan atau saman individu yang terbukti memfitnah dan berbohong untuk memburukkan kerajaan? Bukan kah pihak kerajaan dah bagi peluang untuk Mak Lampir @ Zuraidah kemukakan bukti menyokong dakwaan dia berkenaan surat Bai’ah tu?

Tapi sampai ke sudah Zuraida tak muncul dengan bukti yang diminta. Sah lah dia tak ada bukti melainkan surat yang direka dan dicipta sendiri bagi memburukkan imej pihak KDN dan juga kerajaan Malaysia.

Dan walaupun Zuraida cuba berlakon dengan mengatakan dia tak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan oleh kerajaan, nampak sangat ketakutan dia bila dia cuba menafikan yang dia buat salah.

Tindakan pemimpin PKR dari Ampang ni berdolak dalik bila diminta membuktikan kesahihan surat “bukti” yang didedahkannya juga menunjukkan yang dia tu cuba menyembunyikan kebenaran yang dia sebenarnya pembohong besar.

BERTINDAK SEBELUM PARAH - Rakyat nak lihat tindakan tegas KDN kepada individu yang bersikap KURANG AJAR SERTA BIADAP yang memburukkan KERAJAAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...