Translate

25/07/2011

PAS LEBIH NAMPAK KEBURUKKAN ORANG LAIN BERBANDING SENDIRI

Go to fullsize image
Tindakan Kerajaan Melaka melanjutkan operasi pusat hiburan di Melaka menjadi serangan terbaru PAS ke atas BN, tetapi hanya menutup mata tindakan PAS Kedah yang menarik balik larangan menutup premis hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadhan.

Tarik tali antara PAS dan DAP di Kedah akhirnya memihak kepada DAP. Pengakhiran ini telahpun diketahui kerana selama ini PAS hanya bersandiwara. Apakah PAS telah tunduk dengan ugutan dan desakan PAS?
Bagi mengalih tumpuan rakyat, PAS telah melakukan provokasi ke atas BN Melaka ketika Kerajaan Negeri Melaka mengambil keputusan melanjutkan masa operasi pusat hiburan.

Apakah PAS tidak membuat provokasi yang sama ke atas Kerajaan Negeri Kedah yang menarik balik larangan menutup pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan? Keputusan PAS Kedah yang mahukan semua pusat hiburan di Kedah ditutup sepanjang bulan Ramadhan telah diterima baik BN dan orang ramai. Namun, keputusan itu tidak bertahan lama selang beberapa jam sahaja PAS telah menarik balik larangan itu disebabkan arahan DAP.

Penarikan balik keputusan menutup pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadhan itu bercanggah dengan tujuan asalnya untuk menghapuskan maksiat di Kedah. Namun, kelonggaran membuka semula pusat hiburan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam hanyalah alasan dogeng.

Apakah PAS Kedah boleh mengawal orang bukan Islam di Kedah untuk tidak mengunjungi pusat hiburan di sepanjang bulan Ramadhan?

Tindakan Kerajaan Melaka dalam melanjutkan masa operasi tidaklah seteruk keputusan Kerajaan PAS Kedah yang terpaksa tunduk dengan desakan DAP. Malah keputusan Kerajaan Negeri Melaka itu berlandaskan beberapa syarat dan keperluan penduduk yang pelbagai kaum.

Pusat hiburan hanya beroperasi sehingga jam 3.00 pagi  bermula pada hari Jumaat sehingga Ahad. Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

Kerajaan Negeri Melaka telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.


Tindakan lebih kurang 200 jemaah yang kebanyakan ahli PAS mengadakan demonstrasi secara aman di perkarangan Masjid Bukit Katil sebaik selesai solat Jumaat membuktikan PAS sudah ketandusan idea untuk menyerang BN.

Sekiranya Pemuda PAS Melaka menyatakan tindakan Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan Melaka menjadi Darul Maksiat, apa bezanya dengan Kerajaan PAS Kedah yang terpaksa ikut arahan DAP bagi membenarkan pusat hiburan di Kedah dibuka sepanjang bulan Ramadhan bagi menjadikan Kedah sebagai Darul Maksiat.

"Mencegah kemungkaran itu adalah perkara yang wajib bagi umat Islam tapi tindakan beliau ini lebih membuka ruang kepada maksiat dan perkara mungkar untuk lebih berleluasa lagi”.

Dakwaan bahawa BN tidak serius menangani gejala sosial yang semakin parah berlaku di kalangan masyarakat khususnya umat Islam adalah sangat tidak betul dan kenyataan Ketua Pemuda PAS Melaka itu bersifat seperti mencurah air di atas daun keladi.

Sebelum menghukum seseorang adalah lebih baik melihat perbuatan sendiri yang lebih lebih teruk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...