Translate

04/07/2011

Ketepi fahaman politik


RHU RENDANG - Tanpa mengira fahaman politik, isteri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah memilih cara berkunjung dari rumah ke rumah bagi melawat pesakit terlantar di Dewan Undangan Negeri (DUN Rhu Rendang di sini.

Timbalan Muslimat Pas Rhu Rendang, Faridah Omar berkata, program itu bertujuan mendekatkan hubungan kemesraan dan ikatan silaturahim isteri Presiden dengan rakyat, terutama mereka yang uzur, kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. 

“Tumpuan kunjungan kami dan sumbangan ditujukan kepada warga emas dan mereka yang sakit tanpa mengambil kira fahaman politik individu terbabit, selain melihat dan menyelami kesusahan dan kepayahan penduduk kurang bernasib baik.

“Melalui kunjungan ini juga diharap dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada meraka yang sedang sakit dan terlantar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika mengunjungi seorang warga emas, Chik Kasim, 80-an di Kampung Rhu Muda.

Menurut Faridah, program bersama Toh Puan Seri Zainab dan rombongan Muslimat Pas itu melawat enam buah keluarga di DUN berkenaan termasuk melawat ibu kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Razali Idris yang sedang sakit di Kampung Rhu Muda.

Bagaimanapun, atas permintaan keluarga Razali, gambar mereka tidak dirakam di rumah itu.

Sementara itu, keluarga warga emas terbabit, Yusof Wadu, 56, tidak menyangka isteri kepada Presiden Pas itu datang melawat ke rumah ibu mentuanya yang mengidap pelbagai jenis penyakit, antaranya penyakit jantung dan terlantar sejak empat bukan lalu.

“Malah kami berterima kasih kerana beliau sendiri menyampaikan sumbangan berupa hamper buah-buahan dan barangan keperluan dapur kepada ibu mentua saya,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...