Khamis, 21 Julai 2011

259 orang terima darjah kebesaran Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu

Seramai 259 orang menerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan Negeri Terengganu Darul Iman, sempena Ulang Tahun Ke-49 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Ibrahim Muhamad dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor mengetuai senarai penerima tersebut yang dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.



Kedua-dua mereka menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T) yang membawa gelaran Dato’.


Manakala empat orang lagi menerima Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z.) yang membawa gelaran Dato. Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu, Tuan Ahmad Zaidi Ibrahim; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Che Zolkples Embong; Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan Industri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari dan Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Kementerian Kesihatan Dato’ Dr Abdul Rahim Mohamad.


Seramai 24 orang menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang juga membawa gelaran Dato’.


Penerimanya ialah Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu, YB Encik Noorbahri Baharuddin dan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu iaitu YB Haji Yahya Khatib Mohamad, YB Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said dan YB Encik Toh Chin Yaw.


Penerima lain ialah Pengarah Eksekutif Syarikat MHD Ind (M) Sdn Bhd, Tengku Nasruddin Tengku Ibrahim; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Terengganu, Isa @ Ghazali Endut; Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Tuan Mamat Tuan Ngah; Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mustofa Abdul Rahman; Pengarah Kor Amor Jabatan Arah Kor Amor Diraja Markas Tentera Darat, Brig. Jen. Datuk Adnan Abu Bakar, Panglima 8 Briged Kem Pangkalan Chepa Kota Baharu, Brig. Jen. Mohamad Zaki Hamzah, Pengerusi Eksekutif Intake Eighteen Security Sdn Bhd Mejar Jen (B) Datuk Khairuddin Abu Bakar dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof Dr Aziz Deraman.


Turut menerima D.P.M.T ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda; Penasihat Ekonomi kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Mustapha Ahmad S. Marican; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Hamzah Ngah, Dekan Perubatan dan Sains Kesihatan dan Pakar Perunding Neorologi Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu, Prof Dr Mohd Zubaidi A. Latif, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nordiyanah Hassan, Pegawai Agama Istana Negara Abdul Aziz Yacob, Pengarah Urusan Novafields Development Sdn Bhd, Nordia @ Ramlan Ibrahim, pengerusi syarikat, Tengku Din Tengku Mohamad, Pengerusi Eksekutif Mohd Ali Abas & Co, Mohd Ali Abas, pengarah urusan, Koh Tat Kim dan pengerusi eksekutif, Tow Kong Liang.


Seramai 11 orang menerima Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z), termasuk Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Aziz Mamat; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej TESDEC, Haji Mohd Akil Mat; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Wan Zawawi Wan Ismail: Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu Shaikh Ahmad Ismail, Pengarah Pilihan Raya Terengganu, Haji Mohd Noor Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman.


Manakala 13 orang menerima Darjah Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) termasuk Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Haji Wan Mustafa Wan Hasan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafar Khalid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Harun Mohamad, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Zainal Abidin Husin, Pegawai Daerah Marang, A. Rahman Che Ali dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.


Seramai 11 orang menerima Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z.) antaranya Pengarah Belanjawan Negeri Terengganu Mohd Shukri Azam, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Samiun Salleh dan Pengarah Kemas Negeri Terengganu Nor Hazelina Hashim.


Penerima lain ialah Ketua Pegawai Tadbir Istana Negara, Fariza Azura Mohd Husain, Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara, Supt Jamalullail Ahmad, Penyelia Istana Terengganu Kuala Lumpur, Kapt Nurshrulhami Johari, juruterbang pesawat VP Mas & Charter Kapt Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, dan penyelia Istana Negara, Mejar Mastura Mohd Saad.

Seramai 17 orang pula dianugerahi Darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.) antaranya tiga atlet lumba basikal negara iaitu Mohd Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Fatehah Mustafa.
Penerima A.M.T. lain ialah pegawai keselamatan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Nurulhuda Mohd Salleh, pembantu keselamatan pejabat Sultan Terengganu, Syed Jaafar Syed Mohamad dan pembantu tadbir istiadat pejabat Sultan Terengganu, Shafee Omar.


Sembilan orang pula dianugerahi Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C.), 142 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), tujuh Bintang Lama Berjawatan (B.L.B.) dan 19 orang pula dianugerahi Pingat Lama Berjawatan (P.L.B.).


Istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat kehormatan itu berlangsung di Istanah Maziah pagi ini dan disempurnakan oleh Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...