Translate

11/06/2011

PERKASA MARANG BUAT LAPORAN POLIS - PERHIMPUNAN BERSIH


Marang 11/06/2011 - Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pribumi PERKASA Marang En. Hamzah bin Omar, mewakili keseluruhan ahli PERKASA Daerah Marang, telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Marang, sebagaimana Marang Rpt. 1468/2011 @ 1503 hrs, bagi membantah dengan sekeras-kerasnya Perhimpunan Bersih yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9hb. Julai, 2011 yang dianjurkan oleh Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi Pas. 
Pertubuhan Pribumi PERKASA Daerah Marang juga mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adalah berunsur menghasut rakyat dan mempunyai niat untuk mengganggu ketenteraman awam.  Penganjuran perhimpunan itu, hanya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat kepada pelabur-pelabur asing.

Pada perhimpunan Bersih yang lepas banyak perkara tidak diingini berlaku antaranya merosakkan harta awam, kesesakan lalu lintas yang teruk, peniaga mengalami kerugian, dan pelancong takut dan rasa tidak selamat.

Turut hadir Setiausaha Perkasa En. Hussein Johari serta beberapa orang AJK Daerah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...