Translate

02/06/2011

Pengarah Urusan UDA letak jawatan , UDA semakin bergolak !

Board of Director
Isu UDA Holding milik Kementerian Kewangan semakin panas dan terbaru Pengarah Urusan UDA , Datuk Jaafar Abu Hassan  telah meletakkan jawatan  .  Di ketika pelbagai isu panas  seperti  projek  BBCC yang diberikan kepada syarikat dari China serta penjualan tanah UDA di Jalan Sultan Ismail , tiba-tiba orang kuat UDA sendiri telah meletakkan jawatan .

Pastinya ada yang tidak kena dalam UDA ini dan ia dikatakan  bermula sejak Nur Jazlan menjadi Pengerusi UDA  . Mungkin Datuk Jaafar tidak bersetuju dengan polisi dan keputusan dibuat  oleh Nur Jazlan sejak menjadi Pengerusi ini menyebabkan beliau meletakkan jawatan .

Ia tidak mustahil kerana yang terbaru Pemuda UMNO bangkitkan mengapa UDA setuju utnuk  menjual aset tanahnya  di Kuala Lumpur kepada Mutiara Goodyear Development Berhad  yang mana separuh Board Of Director nya adalah Bukan Bumiputra dan CEO nya adalah Cina !  Adakah itu syarikat yang dikatakan berstatus Bumipura oleh Nur Jazlan ?

Ini syarikat Ali BABA Melayu  ka ? 

Jika dijualnya aset tanah ini , ia seperti mengkhianati Bumiputra kerana  penubuhan asal UDA adalah untuk menjaga kepentingan pemilikan hartanah Bumiputra bukan agen hartanah . PB harap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengkaji semula bila cadangan UDA bila   dibawa kepada kerajaan .

PM harus kaji semua penjualan aset bernilai jutaan ringgit UDA ini
daripada terlepas kepada syarikat swasta 
KUALA LUMPUR 1 Jun – UDA Holdings Bhd. (UDA) yang sedang menerima ‘serangan’ bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, hari ini digemparkan pula dengan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Jaafar Abu Hassan selepas enam tahun menerajui agensi itu.

Jaafar dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatannya Isnin lalu, sehari sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah semalam.Beliau dipercayai berbuat demikian atas pilihan sendiri kerana sebab-sebab dalaman dan peletakan jawatan beliau sudah diterima oleh Lembaga Pengarah.

Malah, peletakan jawatan beliau juga disahkan bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana organisasi.Utusan Malaysia gagal mendapatkan pengesahan berhubung perkara tersebut.

Sumber berkata, setakat ini UDA tidak berhasrat membuat pengumuman peletakan jawatan Jaafar dan tidak menolak kemungkinan ia akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat ini.Ini kerana, pelantikan Jaafar dibuat oleh Kementerian Kewangan.Bagaimanapun, sumber menafikan Jaafar meletakkan jawatan kerana mempunyai hubungan dingin dengan Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

‘‘Ia bukan disebabkan Nur Jazlan tetapi atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan. Ia terlalu awal lagi (untuk diberitahu),’’ katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...