Translate

12/06/2011

Misi mustahil pintas Terengganu - Sukan SUKMA XIV


KUALA LUMPUR – Harapan Terengganu untuk muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia XIV sukar digugat oleh pasukan di tangga kedua, Selangor walaupun masih ada lima emas yang dipertandingkan pada hari terakhir temasya sukan itu , hari ini.

Tambahan tiga emas daripada sukan mendayung semalam, mengukuhkan lagi cengkaman Terengganu di tangga teratas senarai kedudukan pingat dengan 28 emas.


Terengganu tetap tertekan kerana masih dihambat Selangor yang mengungguli hari ke-10 semalam, menerusi kejayaan membolot enam daripada 15 emas yang ditawarkan.

Dengan itu, Selangor kini memiliki 24 emas, 18 perak dan 27 gangsa.

Namun adalah mustahil untuk Selangor mengejar Terengganu, berdasarkan penyertaan negeri itu dalam acara akhir hari ini hanya melibatkan sofbol wanita dan acara kombinasi renang berirama.

Ini bermakna jumlah maksimum pungutan pingat emas yang mampu diraih Selangor adalah setakat 26 sahaja.

Sedangkan Terengganu berpeluang melebarkan kedudukan selepas menempah tiket dalam dua acara akhir iaitu sofbol lelaki dan wanita.

Lima pingat emas yang dipertandingkan pada hari terakhir hari ini ialah bola baling lelaki dan wanita (2), renang irama (1), sofbol berpasukan lelaki dan wanita (2).

Acara penutup akan berlangsung hari ini yang akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di stadium mini MSN di Bukit Jalil, di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...