Translate

12/06/2011

Mat Sabu Perlu Jawab Isu Moralnya Sendiri


Belum Panas menduduki kerusi Timbalan Presiden Pas yang dimenangi pada muktamar Pas yang lalu isu moral melibatkan beliau semakin hangat diperkatakan.
Mat Sabu yang sering membuat hadirin panas ketika mendengar beliau berceramah kini tidak senang duduk apabila isu tangkap basah yang membabitkan beliau kini semakin hangat dibicangkan dalam media elektronik.

Mat Sabu harus bersedia memperjelaskan kepada rakyat bahawa semua pertuduhan itu adalah palsu belaka.
Tidak kira Mat sabu mempergunakan apa cara sekalipun langkah untuk membersihkan peribadi beliau harus dilakukan untuk menjaga imej parti islam yang dibawa oleh PAS.
PAS juga harus bersikap adil kepada masyarakat islam di Malaysia kerana PAS belum ketandusan dalam memilih kepimpinan tinggi.
Jika sebelum ini PAS selalu mempermainkan isu moral kepimpinan Barisan Nasional maka kini PAS wajar bertindak jika mahu melihat PARTI ISLAM itu berada pada landasan yang betul.
Sekiranya Kepimpinan Ulama kurang mendapat sambutan dalam PAS berilah keutamaan kepada golongan PROFESSIONAL yang mempunyai nilai peribadi yang mulia.
TOK sah lah nak tengok kepimpinan yang suka mencarut dan bercakap tidak serupa bikin. Jangan cuba ALIHkan Dasar NEGARA ISLAM semata-mata untuk menjaga hati pihak lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...