Mat Sabu telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang pada tahun 1995 di Hotel Perdana, Kota Bharu. Wanita itu bernama Norma. Pada ketika itu jika tidak silap Mat Sabu adalah ahli parlimen Nilam Puri, Kelantan.
Pada masa kejadian wanita tersebut ke bilik penginapan Mat Sabu untuk menghantar pakaian Mat Sabu.
Tidak lama selepas itu mereka berdua telah diserbu oleh sekumpulan penguatkuasa Majlis Agama Islam Kelantan. Jika tidak silap bilangan penguatkuasa yang serbu bilik Mat Sabu seramai 7 orang. Anggota polis juga turut serta. Apabila dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kelantan, Mat Sabu dibebaskan kerana campur tangan Kerajaan Pas Kelantan. Salah seorang penguatkuasa yang menangkap Mat Sabu juga telah pusing cerita semasa perbicaraan.
Mat Sabu dibebaskan oleh sebab teknikal. Bukannya dibebaskan kerana dia tidak berkhalwat. Khalwat tetap berlaku. Kalau tak khalwat tak mungkin Jabatan Agama tangkap mereka berdua dalam bilik.
Itulah moral timbalan presiden Parti ISLAM Semalaysia yang ada hari ini.
Bila bercakap bab Islam, seolah-olah mereka sahaja yang Islam dalam negara ini. Orang lain semua tolak islam dan kafir.
Bila bercakap bab Islam, seolah-olah mereka sahaja yang Islam dalam negara ini. Orang lain semua tolak islam dan kafir.
Kalau pemimpin parti ISLAM dia tak akan benarkan wanita bukan muhrim masuk ke biliknya.Apatah lagi wanita tersebut isteri orang. Kalau nak ambil pakaian dia boleh turun ke lobi hotel untuk mengambilnya.
Yang tangkap Mat Sabu adalah Majlis Agama Islam Kelantan iaitu sebuah agensi yang dibawah Kerajaan Kelantan. Bukannya Majlis Agama Islam Melaka, Johor atau Pahang. Kalau mereka yang tangkap logiklah dikatakan itu semua adalah konspirasi.
Penguatkuasa yang datang tangkap Mat Sabu lebih dari 4 orang. Maknanya cukup 4 saksi, tetapi Mat Sabu dibebaskan juga kerana ada saksi yang telah pusing cerita.
Allah Maha Adil, Allah Maha Saksama, Allah Maha Kaya, hari ini Allah tunjukan kepada kita wajah sebenar Pas. Kaki khalwat telah diangkat menjadi timbalan presiden Parti ISLAM Semalaysia, manakala kaki liwat pula sebagai rakan sekutu mereka.
Selama ini islam yang dilaung dan diperjuangkan Pas hanya semata-mata untuk mendapat undi. Seperti yang pernah kata sebelum ini, bapa dan ibu ayam lacurkan pelacur untuk keuntungan mereka. Pas pula lacurkan Islam untuk mendapat undi. Maknanya Pas setaraf dengan bapa dan ibu ayam. Tidak lebih dan kurang dari itu cuma berbeza benda yang mereka lacurkan.
Wahai rakan-rakan ku sekalian, ketahuilah oleh kamu saat kehancuran Pas sudah terlalu dekat. Kaki khalwat diangkat sebagai timbalan presiden, perjuangan negara islam telah digugurkan, ulama-ulama Pas pula bermuktamar mempertahankan penzina. Ejen-ejen DAP dan PKR juga telah meresap masuk ke dalam parti mereka.
Itu semua adalah sebahagian tanda-tanda kehancuran mereka sudah dekat. Kita tunggu dan lihat tibanya saat itu.
ruangbicarafaisal.blogspot.com