Translate

29/05/2011

Wall Street Journal dan agenda tersembunyinya

Wall Street Journal, sumber berita dunia yang tersohor, tempat di mana kononnya para wartawan hebat bekerja, boleh dikatakan agak konsisten dalam menyiarkan berita berat sebelah mengenai Malaysia sejak era Tun Dr. Mahathir Mohamed lagi.  Tonasi mereka bagaimanapun tidak begitu keras di era Abdullah Badawi tetapi pantas menjadi keras semula bila Najib mengambil alih.

Nampaknya Wall Street Journal mempunyai pendapat yang begitu kontra dengan rakyat Malaysia sendiri mengenai pemimpin negara ini.  Semakin rakyat Malaysia menyayangi pemimpin tersebut, semakin kuat Wall Street Journal mengkritiknya.  Tetapi WSJ kelihatan gembira jika negara ini diterajui oleh pemimpin lemah seperti Abdullah Badawi yang mana rakyat Malaysia sendiri menyifatkan sebagai bukan sahaja memalukan tetapi bahaya kerana mampu menghancurkan negara.  Abdullah Badawi ditekan untuk mengundurkan diri.  Walaupun dia dilihat sebagai melebihkan golongan minoriti sepertimana yang disarankan oleh WSJ tetapi kesemua kaum minoriti dan majoriti mahukan dia disingkirkan kerana gagal mengurus ekonomi dengan baik.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed nampaknya begitu menyakitkan hati WSJ sehinggakan bekas Pengurus Editorial majalah itu, Barry Wain menulis sebuah buku mengkritik dan menghentam beliau walaupun beliau mencapai kejayaan luarbiasa dalam membangunkan negara ini serta memperolehi penghormatan sebagai pemimpin bertaraf dunia.
Hingga hari ini, tak kira betapa WSJ dan media barat lain cuba merosakkan reputasi bekas PM tersebut dan menutup segala kebaikan yang dilakukannya kepada negara ini, dunia Islam dan dunia ketiga, Tun Dr. Mahathir kekal di hati rakyat Malaysia sebagai pemimpin terulung yang bertanggungjawab membawa Malaysia ke tahap yang membanggakan ini.  Beliau kekal sebagai pemimpin yang meletakkan Malaysia di peta dunia serta mencipta peluang yang mana kebanyakan rakyat di ketika itu terutama di luar bandar tidak mampu walaupun untuk bermimpikannya.   
Namun begitu, WSJ tetap membenci beliau.  Dan kini adalah giliran Najib pula.  Kenapa?
Kerana seperti beliau, Najib jelas mampu membawa Malaysia ke arah kejayaan yang lebih besar.  Tidak seperti Badawi, Najib popular di kalangan rakyat dan tidak mudah dimanipulasi atau dipengaruhi oleh pihak atau golongan tertentu, dan ini entah kenapa, menyebabkan WSJ sakit hati.
WSJ sering menggambarkan media Malaysia sebagai berat sebelah atau dikuasai kerajaan.  Ia juga mempromosi idea bahawa perbicaraan Anwar Ibrahim adalah bermotifkan politik.  WSJ juga menekankan bahawa Malaysia berada di dalam bahaya akibat dari pergaduhan kaum yang mana melemahkan negara ini.  Dan WSJ juga mahu dunia mempercayai bahawa UMNO, sebuah parti politik Melayu adalah parti perkauman yang mendiskriminasikan kumpulan minoriti. 
Hakikatnya, tiada siapa yang lebih mengenali Malaysia sepertimana rakyat Malaysia sendiri apatah lagi wartawan asing yang mempunyai agenda tersembunyi.  Dengan pandangan dan laporan yang jelas berat sebelah dan tidak professional mengenai Malaysia, WSJ tidak punya kredibiliti mahupun hak untuk melapor hatta memberi pendapat pun mengenai Malaysia mahupun media Malaysia. 
WSJ pastinya pening lalat akibat dari putarbelit sendiri sehingga sanggup bersetuju dengan Anwar agar kerajaan Malaysia masuk campur dalam undang-undang dan sistem kehakiman, membatalkan kes Anwar dan membakul-sampahkan laporan polis, prosedur dan hak mangsa untuk mendapatkan keadilan.  Mereka bagaimanapun, tidak pula menyarankan perkara yang sama bagi kes Strauss Khan. 
Mungkinkah wartawan WSJ tidak membuat kerja rumah yang baik di mana dia ketinggalan bahagian fakta bukti forensik dan saintifik yang dikemukakan di mahkamah?  Atau mungkinkah wartawan tersebut bersetuju dengan pelampau Islam yang mewajibkan empat saksi bagi jenayah seksual sedemikian yang melibatkan orang Islam?
Jika tidak, atas alasan apa lagi WSJ menegaskan bahawa Anwar tidak bersalah walaupun peguam sendiri Anwar gagal menyangkal semua bukti nyata dan juga kenyataan saksi?
Pemimpin yang korup hanya akan membawa kemusnahan kepada negara, bukannya kejayaan.  Negara yang berpecah belah akan tenggelam dan tidak akan berdiri teguh.  Malaysia berada di puncak kejayaan ketika era Tun Dr. Mahathir sehingga diberi jolokan ‘Harimau Ekonomi Asia’.  Tetapi WSJ tetap menggambarkan bekas PM itu sebagai diktator dan korup.
Hakikat sebenarnya, di era beliau, rakyat Malaysia bersatu padu – tiada provokasi, tuntutan tamak atau kata-kata kesat dilontarkan sesama kaum.  Yang ada hanya keamanan, keharmonian dan kemakmuran.  Perkauman bukanlah masalah sehinggalah di zaman Abdullah Badawi. 
Jelas, WSJ menipu mengenai bekas pemimpin tersebut konon seorang yang jahat sedangkan rekod sejarah, statistik, fakta dan angka menunjukkan sebaliknya.  Dan WSJ sedang berbuat yang sama terhadap Najib sekarang – mengkritik, memprovokasi, menghentam dan mempersoal beliau walaupun rekod menunjukkan Malaysia dalam keadaan baik, di landasan yang betul dan bergerak pada kelajuan yang sepatutnya. 
Rakyat yang rasional boleh membaca apa yang tersirat di dalam laporan WSJ dengan jelas.  Ia membawa agenda minoriti yang menguasai 80% atau lebih dari ekonomi negara ini tetapi tetap sentiasa merungut yang ia masih belum cukup.  Golongan minoriti  yang sama yang menguasai sektor swasta, mendiskriminasi kaum majoriti tetapi menuduh kerajaan sebagai mendiskriminasi mereka pula. Golongan minoriti ini jugalah yang berdegil ingin memisahkan kaum-kaum dalam sekolah berasingan tetapi menuduh mereka yang ingin menyatupadukan semua kaum dalam sistem satu sekolah sebagai rasis. 
Inilah yang berlaku di Malaysia hari ini dan nampaknya WSJ tidak langsung membuat kerja rumah dengan baik sehingga gagal untuk melihat scenario yang terang lagi jelas di dalam negara bermasyarakat majmuk ini.
Kesimpulannya, WSJ adalah tidak professional.  Ia adalah media yang berat sebelah yang tidak tahu malu menyiarkan laporan yang tidak konsisten dengan realiti, rekod, fakta dan angka sebenar.   
Namun, persoalannnya ialah kenapa WSJ begitu pantang melihat Malaysia berjaya dan lebih suka ia gagal di bawah pentadbiran Abdullah Badawi atau Anwar Ibrahim?  Kenapa majalah ini memilih untuk mengkritik pemimpin yang mampu membawa kebaikan tetapi menyokong pemimpin yang mampu memusnahkan?  Jawapannya pastilah, ia adalah sesuatu yang semulajadi bagi sang iblis untuk menyokong perbuatan jahat iblis yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...