Translate

23/05/2011

Serangan pembangkang : UMNO sedia gempur parti chauvinis DAP !


PB nak cakap satu perkara saja kepada pejuang-pejuang UMNO seluruh negara , musuh utama parti keramat orang Melayu ini sekarang ini adalah DAP .  Parti chauvinis ini lah yang akan merampas kuasa politik Melayu jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13 .

Di Pulau Pinang kita boleh lihat sendiri bagaimana mereka menghentam UMNO setiap hari  di setiap sidang media Ketua Menteri, ceramah2 politik ,  serta Sidang DUN PP . Semua benda yang berlaku di negeri ini berkaitan kerajaan negeri  DAP ini semua  disalahkan UMNO . Depa sendiri pi arah PBT roboh gerai melayu pun nanti akan disalahkan UMNO juga .
Jadi , PB setuju sangat  dengan pandangan  Pak Menteri Dr Puad Zakarshi ini bila mana  beliau menyatakan UMNO perlu tumpu kepada DAP yang menjadi dalang dalam serangan psikologi pembangkang .

Harus diingatkan , game  DAP sekarang sedang cari seramai mungkin  undi Melayu , jadi  kot mana pun parti chauvinis dan bapap rasis ini kita perlu balun dan ingatkan kepada orang Melayu akan penipuan dan agenda mereka .

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata walaupun UMNO pernah diharamkan pada 1988 atas sebab teknikal tetapi ia tidak menghancurkan parti itu disebabkan lima perkara iaitu asas, semangat, cita-cita, perjuangan serta kesetiaan anggota UMNO yang tetap kuat dan kental.

Bagaimanapun beliau berkata serangan psikologi boleh menghancurkan lima perkara tersebut dan atas sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan transformasi politik agar semua anggota UMNO berpegang kuat kepada lima perkara itu.

Ditanya strategi UMNO untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata UMNO akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.

“Seterusnya UMNO juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. 

Kita juga perlu mengatasi kelemahan UMNO dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang,” katanya.

Pejuang Bangsa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...