Translate

14/05/2011

Hari Ini UMNO 65 Tahun..! Sudah Bersediakah UMNO Pertahankan Putrajaya? Mampukah UMNO Rampas Selangor..? Kedah, Pulau Pinang, Kelantan???


Selamat menyambut Hari Ulangtahun yang ke 65 buat parti keramat bangsa melayu tanahair kita, UMNO!

Kita panjatkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya, maka sehingga ke hari ini, panji panji UMNO masih berkibar menerajui tampuk kerajaan tanah melayu yang kini bergelar Malaysia….

Sekalung tahniah dan syabas diberikan kepada YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas kejayaan mengetuai saf kepimpinan UMNO sekaligus mengetuai Barisan Nasional mentadbir negara dengan penuh cabaran getir terutamanya dengan banyak hiruk pikuk gelagat serta tingkah laku tidak bertamuddun pimpinan Pakatan Pembangkang!


Secara ikhlas tafsiran oleh Blog Medan Info Kita, cabaran dan dugaan yang sedang didepani oleh Najib sebagai Kapitan bukanlah sesuatu yang sangat mudah dan enteng…

Sewaktu mantan Perdana Menteri ke 4, Tun Dr Mahathir menjadi Ketua Kerajaan negara kita, beliau telah berdepan dengan cabaran “menguruskan” karenah Anwar Ibrahim pada penghujung tempoh pimpinannya… Peristiwa hitam tanggal 2 September 1998, pemecatan Anwar Ibrahim daripada semua jawatan rasmi kerajaan berkuatkuasa serta merta telah mencetuskan krisis politik yang sangat besar sehingga menyaksikan perpecahan kaum melayu yang sangat ketara…

Cuma bezanya…, Anwar Ibrahim dipenjarakan dan yang ada diluar penjara hanyalah “aura” beliau mengheret ramai anak anak muda berdemonstrasi bersama dengan gabungan parti pembangkang ketika itu Parti Rakyat Malaysia [PRM], DAP dan PAS sebelum lahirnya Parti Keadilan Nasional [Keadilan].

PRU ke 10 tahun 1999, UMNO tewas di kebanyakkan tempat yang memberikan “keuntungan” sedikit kepada PAS kerana Anwar Ibrahim “berjaya meraih” simpati rakyat…

PRU ke 11 tahun 2004, Pak Lah mendapat manfaat daripada “kebijaksanaan” Tun Mahathir dimana BN menang besar..! PKR hanya tinggal satu kerusi sedekah rakyat Permatang Pauh atas simpati mereka kepada Wan Azizah yang menjadi wakil kepada Anwar yang masih bermastautin dalam penjara Sungei Buloh… PAS terpaksa akur hilang banyak kerusi Parlimen! Jawatan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat kembali kepada DAP.

Memang tepat dan tidak sedikit pun keterlaluan untuk dikatakan Pak Lah menerima manfaat daripada “kebijaksanaan” Tun M… Setelah menyaksikan UMNO tewas pada PRU ke 10 tahun 1999, maka Tun M bersetuju melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum berlangsungnya PRU ke 11 tahun 2004. Betapa murninya hati budi Tun M yang meletakkan kepentingan parti dan negara melebihi daripada kepentingan peribadi…!!


Tetapi sayang seribu kali sayang…., rupa rupanya Pak Lah tidak mampu untuk berdiri diatas “aura”nya sendiri. Atau mungkin boleh ditafsirkan, sebenarnya Pak Lah tidak ada aura langsung..?

Setelah Anwar dibebaskan pada tanggal 2 September 2004, persoalan yang enak dimainkan oleh pemerhati politik, bagaimanakah rupanya nanti warna warna politik tanahair sewaktu PRU ke 12 dengan “kehadiran” Anwar Ibrahim buat pertama kalinya sebagai Pembangkang…? Tahun 1999 dan 2004 Anwar dalam penjara, oleh itu secara fizikalnya beliau tidak akan turut sama berkempen dan bertemu pengundi…. Tahun 2008 sebenarnya adalah ujian pertama BN mendepani Anwar sebagai orang penting pihak Pembangkang!

Pak Lah terlalu lena berada didalam zon selesa [comfort zone]. Ditambah pula dengan karenah menantu kesayangannya Khairy Jamaluddin [KJ] ketika itu sangat berkuasa sehinggakan ujudnya seolah olah satu empayar dikalangan inner circle KJ berpusat di Tingkat 4 Bangunan UMNO…!

Kealpaan dan sikap kerap lena Pak Lah seolah olah langsung tidak ada kepedulian terhadap masalah poket rakyat marhaen dibawah..! Semakin hampir dengan PRU ke 12 tahun 2008 harga barang keperluan melambung lambung naik dan yang paling dimarahi rakyat apabila harga petrol semakin tinggi walaupun Pak Lah telah muncul dikaca telivisyen menyatakan “percayalaaaahh.., harga petrol tak akan naik…”

Kemarahan rakyat dinyatakan pada kertas undi PRU ke 13, tarikh keramat 8 Mac 2008! Bukan sahaja rakyat marhaen yang marahkan BN tetapi jangan lupa bahawa ramai ahli ahli UMNO dan BN sendiri TAK mengundi calon BN…!

Rakyat marahkan BN sebab kerajaan lembap dan tidak ada kepeduliaan oleh PM yang kuat tidur, manakala ahli ahli akar umbi UMNO dan komponen BN juga marah kerana calon calon yang bertanding dipilih bukan atas pilihan parti tetapi perlu mendapat restu inner circle Pak Lah….

Natijahnya…. BN hilang 2/3 majoriti di Parlimen sekaligus menyaksikan begitu ramai sehingga 83 wakil rakyat Pembangkang melangkah masuk ke Dewan Rakyat dengan penuh bangga..

Diperingkat negeri pula, BN hilang kuasa di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan paling memeranjatkan sekali tewas di Selangor. BN juga gagal mencapai cita cita mahu merampas Kelantan dari wali selipar, Nik Aziz…

Hari ini bahang PRU ke 13 semakin hangat dirasai… teka teki tarikh semakin popular hanya menunggu semboyan dibunyikan oleh YAB Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lihat semula tajuk diatas. Ulang tahun UMNO yang ke 65, angka 6 + angka 5 = 11. Ramai sedia maklum Najib gemar dengan angka 11. Hari ini 11 Mei, iya kena juga dengan angka 11. Tahun ini 2011, hujungnya angka 11. Apakah pasti PRU ke 13 akan diadakan tahun ini…??

Yang paling penting ialah kita perlu tanya kepada setiap ahli UMNO bermula dari Presiden, Majlis Tertinggi, pucuk pimpinan Perhubungan Negeri, peringkat Bahagian dan akar umbi yang sentiasa menjadi nadi jentera pilihanraya… Soalannya mudah, sudahkah kita bersedia..??

Kita juga harus bersedia untuk memberikan sepenuh jiwa dan raga dengan penuh keikhlasan mempertahankan kerajaan Putrajaya!! Janganlah kita anggap enteng....

Mampukah UMNO rampas semula Selangor..? Sebelum berlangsungnya PRN Sarawak, kelihatan sedikit cahaya dihujung terowong lorong perjuangan…, namun setelah diumumkan secara rasmi keputusan kemenangan calon calon DAP dikawasan majoriti kaum tionghua [cina], maka semakin samar samar jadinya peluang untuk BN rampas kerusi di PJU, PJS, Subang, Kelana Jaya, Pandan, Klang, Kota Raja, Pelabuhan Klang, Puchong, Seri Kembangan, Damansara. Harapan hanya tinggal harapan??



Tidak dinafikan trek rekod beberapa Pilihanraya kecil yang terkini lebih memihak kepada BN. Walaupun pada awalnya Pakatan mengecapi kemenangan demi kemenangan bermula dengan Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Permatang Pasir, Penanti, Manek Urai dan Sibu tetapi BN berjaya memenangi semula sokongan rakyat dan mencipta kemenangan satu demi satu bermula di Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau….

Namun begitu, kita seharusnya menjadikan keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak baru baru ini sebagai tauladan! Walaupun BN kekal kerajaan negeri Sarawak dengan majoriti 2/3 tetapi cubalah kita buat kajian terperinci keputusan yang memberikan kemenangan kepada pertambahan kerusi DAP. Secara matematiknya tidak mustahil beberapa kerusi Parlimen di Sarawak akan terlepas dari genggaman BN dan jangan kita tergamam seandainya perkara yang sama berlaku di Sabah, sebuah negeri yang mempunyai rekod “tinggalkan BN” suatu ketika dahulu zaman Tengku Razaleigh terajui Semangat 46….

Berbalik semula kepada persoalan diawal penulisan ini tadi…

Bezakan senario yang telah kita lalui dengan senario semasa. Sejenak marilah kita buat perbandingan dengan membandingkan senario politik era Tun M, Pak Lah dengan Najib Tun Razak…

Perbandingan dan persamaan situasi politik era Tun M boleh dianggap berada dalam keadaan “lega” kerana Anwar berada bersama rakyat hanya seketika. Tempoh yang tidak lama, iaitu hanya 20 hari sahaja sebaik sahaja Anwar dipecat pada 2 September 1998 dan kemudiannya ditahan ISA pada 20 September 1998 setelah keadaan Kuala Lumpur haru biru dan kacau bilau dengan demonstrasi protes di Masjid Negara dan Dataran Merdeka. Hari hari seterusnya berlalu dan Anwar sudah tidak lagi bersama rakyat sehinggalah tahun 2004. Malah pembebasan Anwar hanya setelah PRU ke 11 tahun 2004.

Oleh yang demikian, kelibat dan penyertaan Anwar Ibrahim hanya mencabar kepimpinan kerajaan era Pak Lah pada PRU ke 12 Mac 2008. Kejayaan besar Pakatan Pembangkang sekaligus menyerlahkan kegagalan Pak Lah…, setuju??

Kini PRU ke 13 semakin mendekati kita… Pakatan Pembangkang yang berbekalkan kekuatan hampir 40% wakil di Parlimen…, empat kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor sudah bernafsu mahu menawan Putrajaya!! Suka atau pun tidak cabaran getir buat YAB PM memasuki gelanggang PRU ke 13 berupa pertarungan diantara Najib vs Anwar dimana sokongan kaum bukan melayu semakin memuncak terhadap Pakatan seperti mana tafsirannya dibeberapa kawasan di Sarawak dan jangan lupa walaupun BN menang di PRK Hulu Selangor, tetapi undi kaum cina mengekalkan porla undi di Bukit Gantang, Sibu, Kuala Terengganu dan di pekan Labis PRK Tenang..!!! 


Bukan tugas yang mudah untuk YAB PM mendepani "karenah" spesis pelik bernama Anwar Ibrahim ini. Tun M harungi PRU ke 10 tahun 1999, Anwar dalam sel penjara Sungai Buloh. Pak Lah ketuai PRU ke 11 tahun 2004 Anwar masih lagi menjadi penghuni sel Sungei Buloh. Tetapi, tempiasnya Pak Lah rasai pada PRU ke 12 Mac 2008 apabila Anwar berada diluar penjara dan kini..., PRU ke 13 adalah cabaran yang tersangat perit dan getir buat YAB Datuk Seri Najib!

Anwar Ibrahim pernah menggemparkan persada politik dengan “momokan 16 September” yang terbukti hanyalah sebuah Pembohongan paling besar dalam sejarah politik tanahair. Tetapi kita tidak dapat nafikan terdapat segelintir pimpinan BN malah yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri pun “tergamak” mahu mempercayainya…

Never underestimate a opportunist like Anwar Ibrahim….! Iya, jangan sesekali leka dan alpa dengan apa yang ada dalam benak fikiran seekor mahkluk bernama Anwar Bin Ibrahim. Masih ingat lagi peristiwa hitam dalam Dewan Rakyat pada 14 Disember 2009..?? Kerajaan BN Najib hampir hampir tumbang secara teknikal apabila ramai Ahli Parlimen BN “PONTENG” yang memaksa Najib dan Tan Sri Muhyiddin sendiri bergegas ke Dewan Rakyat… Klik sini dan sini.

Oleh yang demikian…, pada hari sambutan Ulangtahun ke 65 UMNO ini, sebaik mungkin setiap ahli ahli UMNO, setiap pucuk pimpinan UMNO disemua peringkat perlulah tanamkan niat untuk bekerja, bekerja dan terus bekerja dengan lebih gigih agar kerajaan BN akan kekal memegang tampuk kerajaan pusat berpaksikan PUTRAJAYA….!

Seterusnya, UMNO di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan tidak lupa PERAK haruslah mempunyai sikap meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi…! Anggaplah misi membawa kemenangan kali sebagai “DO OR DIE MISSION” malah tidak keterlaluan sekiranya meletakkan benchmark ke tahap “Its Now Or Never..”

Ayuh...!!! Ayuhlah semua pecinta pecinta bangsa melayu yang menyanjung memartabatkan agama islam untuk selamatkan negara kita daripada dirobek robek oleh pengkhianat pengkhianat bangsa seperti pimpinan politikus Pakatan yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan tergamak menjual agama demi memenuhi kepuasan nafsu peribadi mereka…!

Selamatkan negara untuk masa depan anak anak dan generasi kita…!
Hidup UMNO…!! Hidup Melayu…!!! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...