Translate

10/05/2011

Harga Baru / Terkini / Semasa Gula Mulai 10 May 2011 : RM 2.30 Sekilgram. Naik 20 Sen !


Harga baru / terkini / semasa gula mulai 10 May 2011 ialah RM 2.30 sekilgram iaitu berlakunya kenaikan 20 Sen !

Menurut sumber, penyelarasan subsidi (istilah mulia kepada kenaikan harga) ini akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Walaupun berlakunya perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.


Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember 2010 yang di naikkan sekali serentak dengan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). 

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mengadakan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Memang sejak kebelakangan ini kita dapat merasa kenaikan harga barangan di pasaran. Dengan kenaikan harga gula pastinya ramai peniaga akan menaikan harga makanan dan minuman akibat dari kenaikan harga gula ini. Harap pihak berkuasa memantau situasi yang akan berlaku nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...