Blogger baru saja balik daripada tugasan di Kuala Lumpur dan Melaka. Pada malam 13/05/2011 blogger bersama 3 rakan menginap di Hotel KL International dengan menyewa dua buah bilik untuk merihatkan badan kerana keletihan perjalanan jauh daripada KT, Kuantan, Melaka dan seterusnya KL.
Semasa menginap di hotel tersebut, blogger cuba untuk melayari internet dengan menggunakan WIFI hotel tersebut, tetapi alangkah terperanjatnya apabila diberitahu oleh petugas di kaunter hotel mengatakan bahawa, untuk melayari WIFI, setiap pelanggan dikenakan bayaran RM6.00 bagi setiap satu jam.
Blogger dan rakan-rakan sungguh terperanjat mendengar penjelasan yang diberikan. Telah banyak hotel, restaurant diserata tempat di Malaysia ini, tidak mengenakan bayaran yang begitu tinggi. Tetapi kebanyakan hotel dan tempat-tempat penginapan memberikan penggunaan percuma untuk pelanggan, hanya dengan memberikan password.
Inilah dia dikatakan Hotel Polis... untuk mencari keuntungan janganlah sampai mengisap darah pelanggan. Cari lah keuntungan dengan cara lain. Rasa nya inilah bayaran yang paling tinggi di DUNIA untuk pelayar internet yang dikenakan kepada pelanggan oleh pihak pengurusan hotel. CELCOM, DIGI pun hanya mengenakan RM2 dan RM3 untuk sehari.