Translate

27/04/2011

Terengganu Tempatkan Pengawal Pantai Di Pulau Destinasi Pelancong

KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) -- Pengawal pantai akan ditempatkan di pulau-pulau yang menjadi destinasi pelancongan di Terengganu bagi memantau keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata buat permulaan seramai 40 pengawal pantai akan ditempatkan di Pulau Lang Tengah, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

"Jumlahnya akan diagihkan mengikut keperluan pulau-pulau berkenaan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, pada Selasa.
Pasukan pengawal pantai atau turut dikenali sebagai 'Park Ranger' yang lengkap berpakaian seragam itu dijangka mula beroperasi Jun ini selepas prasarana seperti menara tinjau disediakan.

Abdul Rahin berkata usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Terengganu dan beberapa badan bukan kerajaan.

Sementara itu, Abdul Rahin berkata Jawatankuasa Induk Pelancongan Terengganu memperkenalkan kalendar pelancongan negeri untuk tahun ini yang menggunakan tagline 'Comel'.

"Comel adalah singkatan untuk aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini iaitu Candat Sotong, Monsoon Cup (Piala Monsun), Endurance Challenge dan Leisure untuk aktiviti larian yang akan diadakan di Pulau Lang Tengah," katanya.

Aktiviti itu dimulakan dengan dengan pesta mencandat sotong yang diadakan secara besar-besaran, diikuti dengan acara tahunan seperti kejohanan kuda lasak dan kejohanan kapal layar Piala Monsun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...