Translate

27/04/2011

PROJEK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI !!!!!!!


Inilah yang dikatakan menjalankan sesuatu kerja untuk kepentingan diri sendiri.  Segala tindak tanduk yang dijalankan, tidak memikirkan keadaan dipersekitaran berlebih-lebih lagi masyarakat setempat.  Projek yang dijalankan adalah secara individu, tetapi akan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat disekeliling. 

Saliran sungai yang besar telah diperkecilkan tanpa mendapat kelulusan daripada Jabatan Saliran atau Pejabat Tanah Daerah Marang.  Beberapa teguran serta maklumat telahpun disalurkan kepada pihak-pihak yang tertentu namun tiada sebarang tindakan diambil.  Pengusaha projek tersebut masih lagi terus menjalankan usaha-usaha murni nya untuk kepentingan diri sendiri, seperti bercakap dengan batu atau pun pokok.


Apabila musim tengkujuh melanda di Daerah Marang, dikawasan persekitaran akan mengalami banjir yang amat serius.  Inilah kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab.   Cuba lihat beberapa rakaman gambar yang dirakamkan ditempat kejadian.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...