Translate

28/04/2011

Penyamun bertauliah mengeluarkan wang simpanan tanpa kebenaran


Marang 27/04/11 - Satu kejadian telah berlaku dimana seorang penyimpan Encik Samri Omar, 50 tahun, bertugas di Pejabat JKR Marang telah kehilangan wang tunai sejumlah RM1,000 dari Akaun Simpanan BSN.  Wang tersebut adalah gaji bagi bulan April, 2011.  

Alangkah terperanjatnya apabila beliau hendak membuat pengeluaran wang di BSN Kuala Terengganu pada 27/04/2011  jam lebih kurang 11.30 pagi, didapati didalam Akaun Bank BSN telah dikeluarkan oleh seseorang pada 26/04/2011 sejumlah RM1,000.  Semakan telah dibuat di BSN Marang mendapati wang sejumlah yang dinyatakan telah dikeluarkan melalui sebuah bank berlainan di Kuala Terengganu.  Laporan polis telahpun dibuat sebagaimana Marang Rpt. 950/2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...