Translate

04/04/2011

Pemilik cicak tokek perlu pohon lesen sebelum 27 Jun

KUALA LUMPUR 3 April – Orang ramai yang memiliki cicak tokek perlu memohon lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum 27 Jun ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.

Menurut Jabatan Perhilitan berkata, cicak tokek merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang telah berkuat kuasa pada 28 Disember lepas.

"Tempoh peralihan selama enam bulan dari tarikh permulaan berkuat kuasa akta itu akan tamat pada hujung Jun ini. Pemilik reptilia tersebut perlu memohon lesen di Jabatan Perhilitan negeri masing-masing.

"Tindakan undang-undang yang boleh diambil adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Cicak tokek dilaporkan mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuk HIV dan AIDS menyebabkan ia mendapat permintaan tinggi terutama dari China dan Jepun. - Utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...