Translate

18/04/2011

DAP Membodohkan PKR Dan PAS, Satu Analisa

Dalam Pakatan Rakyat, DAP adalah dominan, ini dah banyak kita sebut dulu tapi ramai gamaknya yang tak perasan.  Ambil contoh dalam pilihanraya Sarawak, DAP tidak tamak nak bertanding berpuluh kerusi, dapat 15 pun sudah cukup tapi depa pastikan ini kawasan yang depa boleh menang.
Sementara dua komponen Pakatan Rakyat yang lain bertanding di kawasan yang kurang atau tiada harapan akibat mainan politik DAP. 
Memang atas kertas nampak PAS paling terkena sekali sebab kalah disemua kawasan yang ditandingi tapi yang sebenarnya paling terkena ialah PKR.  PKR bertanding 49 kerusi tapi menang hanya 3.  Kuantiti banyak tapi hasilnya tarak.
Nasib baik 2 kerusi yang PKR dan DAP bertukar suka sama suka (Padungan & Batu Lintang), menang.  Kalau tidak, betul-betul sia-sia punya kerja.

Di kawasan bandar yang punya majoriti cina, semua pun DAP sapu tak langsung beri peluang pada PKR, apatah lagi PAS untuk bertanding, dan hasilnya seperti yang kita semua tahulah, DAP menang 12 daripadanya.
Kenapa bandar?
Sebab dibandar isu kemajuan tak timbul langsung.  Bandar, dimana-mana pun akan tetap dimajukan.  Tiada kerajaan negeri atau kerajaan pusat yang akan biarkan bandar sebagai kawasan mundur kerana ia akan menjejaskan ekonomi negeri atau wilayah tersebut.
Malah DAP boleh dapat nama atas apa kemajuan yang dibawa kerajaan pemerintah dikawasan bandar, konon itu usaha mereka.
Itu sebab DAP boleh lupakan isu pembangunan dan mainkan isu lain – perkauman dan isu agama.  Sebagai contoh di Sarawak, isu bible bahasa melayu di rampas dan penggunaan kalimah Allah dalam gereja. 
Lebih menguntungkan DAP bila majoriti orang cina di Sarawak beragama Kristian.
Kerja DAP juga adalah mudah dibanding PAS dan PKR yang bertanding dikawasan yang pendalaman, kos murah pasal bandar ada semua kemudahan.  Tak perlu lalu jalan jauh masuk pendalaman, tak perlu naik bot atau kenderaan 4WD sebab bandar ada semua, jaringan pengangkutan yang sempurna.
Banyak masa DAP boleh main isu perkauman dan keagamaan, kurang atau tidak sentuh langsung pasal kemajuan.
Disinilah ternampak DAP bijak dibanding 2 lagi komponen dalam Pakatan Rakyat.  Dah nama pun parti perkauman orang cina, sudah tentulah soal-soal  kos ini depa ambil kira, untung rugi dan sebagainya.
Anwar ditampilkan dalam ceramah DAP sebab dia ini adalah ansuran, ansuran yang cina akan dapat kedudukkan lebih baik dalam pentadbiran kerajaan persekutuan jika Pakatan Rakyat menang dan berjaya memerintah negera dalam pilihanraya ke-13 nanti.
Bukan sebab Anwar ada karisma, bukan sebab Anwar ada pengaruh pada orang cina.  Tidak sama sekali.  DAP sudah canang kepada orang cina, Anwar adalah Perdana Menteri melayu terakhir (jika Pakatan menang) sebab selepas itu kaum cina akan menjadi Perdana Menteri seterusnya.
Ini yang buat semua orang cina mengundi DAP sebab DAP berjaya mengkudakan Anwar untuk dapat sokongan orang melayu dan meletakkan kaum mereka di atas.  Di Semenanjung tak nampak sangat rasisnya sebab ada kaum India dan Singh yang cina racist DAP ini boleh berlindung atas nama multiracial. 
Di Sarawak, berlainan kesnya, orang India apatah lagi Singh kurang sangat untuk diletak sebagai wakil, jadi cina sajalah. Kaum Iban yang pegang majoriti di Sarawak pun tiada yang dapat jadi calon DAP, mana tak terserlah perkaumannya.
Bayangkan dalam keadaan sekarang pun (melayu majoriti dan menguasai kerajaan), 8 dari 10 orang terkaya di Malaysia ialah cina, cuba agak apa akan jadi kalau cina yang kuasai politik negara ni, percayalah jumlah itu akan bertambah dengan nilai kekayaan lebih melimpah ruah.
Perkaumankah bila kita cakap soal ini?  Sudah tentu tidak, kalau kita perkauman, statistik yang di atas tidak akan berlaku.  Tapi yang jelas kalau DAP menguasai kerajaan pusat, soal ketidakseimbangan kekayaan antara kaum ini akan menyebabkan timbulnya  perasaan tidak harmoni di negara kita.
Macam di Pulau Pinang sekarang.  Semua ini alasan wajib tolak DAP, bukan sebab rasis walaupun DAP parti rasis.
Perkara ini tak guna dicakapkan dengan balaci bodoh dalam PKR dan PAS, yang depa tahu ialah menumbangkan BN dan meletakkan pelakon porno sebagai Perdana Menteri. Siapa selepas Anwar, apa jadi Malaysia selepas itu, bukan yang depa nak peduli.  Sedangkan sekarang bila mana depa hidup-hidup dibodohkan DAP pun depa tak peduli, apa lagi nak cerita soal-soal masa depan macam ni.
Diberi 2 pilihan, BN yang punya polisi memberi keistimewaan kepada orang melayu tapi tidak meminggirkan kaum lain (seperti dibuktikan dalam kes 10 orang terkaya itu tadi), dengan Pakatan yang konon adil kepada semua tapi dikuasai parti perkauman cina, siapa yang bijak untuk dipilih?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...