Translate

09/03/2011

TERKINI - Pakatan Rakyat Telah Di Daftarkan Sebagai Sebuah Parti Yang Sah Demi PRU 13


Aku dah kata banyak kali, dah berbuh aku bercakap, naik kematu jari aku menaip. Semua nya pasal Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti yang SAH. Bila depa nak daftar ni? Bila?

Gambar di atas membuktikan bahawa mereka di hadapan Khalayak Ramai ahli PKR,DAP dan PAS menandatangani persetujuan bagi mendaftarkan Nama Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang sah yang mana akan menggabungkan ketiga tiga parti ini.


"KUALA KRAI 6 Okt. — Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mencadangkan agar parti-parti pembangkang mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan.
“Daftarlah dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti Pakatan Rakyat dan SPR tidak akan kacau lagi,” katanya merujuk kepada tindakan SPR menurunkan bahan kempen parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang semalam yang mencetuskan kekecohan apabila penyokong pembangkang mengerumuni anggota penguatkuasa suruhanjaya itu."Petikan Utusan Online


Emmm SPR pun dah tegur kepada Pakatan Rakyat HARAM ni untuk mendaftarkan parti mereka bagi memudahkan Pilihanraya yang akan datang. Persoalannya sekarang apakah mereka sudah mendaftar sebagai sebuah Parti? Atau pun sebaliknya?



Gomo nak ingatkan di sini bahawasanya ini lah Bukti Jelas mengapa PAS,DAP dan PKR tidak mampu untuk membela rakyat. Jika mereka Ikhlas dalam perjuangan membela rakyat sudah pasti mereka Sepakat dengan mendaftarkan Nama Pakatan Rakyat sebagaimana Kami di Barisan Nasional lakukan.


Post by papagomo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...