Translate

17/03/2011

Lebih baik tidak bina loji kuasa nuklear -Dr Mahathir

CYBERJAYA 16 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.

"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini,” katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.

Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.

"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya,” katanya.

Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan “tidak termasuk nuklear”. – Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...