Translate

10/03/2011

Anwar, Nik Aziz Pemusnah Pakatan Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat suatu masa dahulu disanjung ramai kerana ‘karisma’ dan ‘aura’ mereka.  Mereka berdua merupakan aset besar bagi pembangkang sehinggakan DAP sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR semata-mata ingin menumpang nama kedua-dua mereka untuk mendapat undi.

Sanjungan penyokong Anwar terhadapnya umpama dewa.  Apa saja katanya dipercayai tanpa usul periksa dan tanpa berfikir langsung.   Habis terngaga semua mendengar dengung ceramahnya bercakap mengenai agama dan ekonomi.  Tiada siapa yang menyoal kelayakan agama mahupun ekonominya.   
Sesiapa yang menjentik Anwar akan dianggap fasik, mengkritik Anwar digelar zalim dan mensabitkan kesalahan Anwar dianggap kejam.   Segala bukti kesalahan Anwar dianggap tipu muslihat.  Walaupun dalam kes sodomi 1 ketiga-tiga hakim yang melepaskan Anwar tetap menegaskan bahawa Anwar memang peliwat, penyokongnya buat-buat pekak sahaja.

Dalam kes sodomi 2 ini pun begitu juga, walaupun DNA lelaki ’ Y’ di dalam dubur Saiful telah disahkan sebagai DNA Anwar bila dibandingkan dengan barangan yang ditinggalkan Anwar di lokap, penyokong-penyokongnya tetap pura-pura tidak mendengar.   Malah mereka bersorak gembira bila hakim menolak penggunaan bukti utama tersebut kerana diambil secara tidak sah, tanpa mengira yang pada hakikatnya, Anwar telah pun dibuktikan bersalah.

Yang penting bagi mereka ialah Anwar lepas, sama ada atas alasan teknikal, dengan cara merusuh dan menggulingkan kerajaan atau dengan apa jua cara, tidak langsung menjadi soal bagi mereka.

Begitulah hebatnya aura Anwar sehinggakan UMNO/BN yang punya rekod setia dan ikhlas berkhidmat juga tak fasal-fasal menghadapi kesukaran untuk meyakinkan rakyat mengenai kebenaran.

Nik Aziz pula dijulang umpama pendita oleh penyokong-penyokongnya.  Gambarnya, ala-ala Kolonel KFC berserban dilekatkan di cermin-cermin kereta.  Ada juga yang menggantung gambarnya di tengah-tengah rumah konon untuk keberkatan.   Yang ketinggalan hanyalah limau, colok atau kalungan bunga sahaja untuk membezakan Nik Aziz dengan ‘nenek moyang’ atau ‘tokong’ penganut Buddha atau Hindu.  

Mengkritik Nik Aziz alamatnya akan menghadapi bencana, mengikut kepercayaan pengikutnya.   Biarpun fatwa Nik Aziz terang-terangan bertentangan dengan Islam seperti mendoakan kemusnahan sesama Islam dan menggalakkan perpecahan atas alasan ia adalah lazim sejak zaman Rasulullah S.A.W, pengikut-pengikutnya tidak pernah musykil.   Minda pengikutnya tertutup rapat apabila Nik Aziz bersuara.   Jika hitam kata Nik Aziz, walaupun Al-Quran berkata putih, maka hitamlah juga kata pengikut-pengikutnya.

Pengikut-pengikut Nik Aziz langsung tidak meragui ketakburan Nik Aziz yang mendakwa mempunyai kuasa setaraf Allah untuk mengampun dan menghukum manusia lain.   Nik Aziz yang hanya berkelayakan agama dari Universiti Deobond, India ini disembah secara tidak langsung sehinggakan dia menjadi riak, alpa malah sesat sama sekali.

Namun, faktor Nik Aziz inilah yang membina kekuatan PAS selama ini sehinggakan semua Ulama lain yang tidak menyokong PAS, walaupun jauh lebih berkelayakan tetap diketepikan mentah-mentah oleh PAS.

Justeru, benarlah pesanan orang tua-tua iaitu jangan melebih-lebih menyanjung orang, dan jangan sekali-kali lupa diri kerana sanjungan.   Nik Aziz dan Anwar Ibrahim kini jelas telah termakan ‘sumpah’ orang tua-tua.  

Kerana mulut dan perbuatan mereka berdua, Pakatan Rakyat kini berada di ambang kemusnahan sesuai dengan kewujudan mereka yang tidak pernah membawa apa-apa kebaikan melainkan kemusnahan semata-mata.

Selama hidup mereka, mereka  telah berjaya memusnahkan penyatuan ummah dan penyatuan antara kaum.  Mereka juga memusnahkan nama baik negara dan mencemar kesucian agama Islam.   Malah mereka juga secara langsung dan tidak langsung telah beberapa kali cuba menyebabkan kemusnahan material yang lebih besar melalui rusuhan dan demonstrasi jalanan.

Kini, segala ‘karisma’ dan ‘aura’ mereka sudah hilang akibat dajal di dalam diri mereka tidak mampu lagi untuk terus memendam kewujudannya.   Sedikit demi sedikit dajal tersebut menunjukkan diri melalui tutur kata dan perbuatan mereka.

Akibatnya Nik Aziz bukan lagi disanjung sebagai Ulama, Tok Guru, Wali atau Keramat tetapi hanyalah sebagai orang tua nyanyuk, ulama jahat, lebai bahalol malah ada yang menganggap dia sudah gila sama sekali.   

Anwar juga bukan lagi wira pembela bangsa, bukan lagi harapan pembaharuan negara malah bukan lagi mangsa konspirasi.  Anwar di mata dunia kini adalah talam dua muka, sesumpah, perasuah, penyalah–guna kuasa, penipu, pembohong, pengkhianat dan peliwat yang ketagih seks.

Daripada menjadi aset mereka berdua kini menjadi liabiliti sekaligus menjadikan seluruh Pakatan Rakyat haru-biru.  Pakatan Rakyat masih lagi cuba menafikan hakikat ini mungkin kerana buntu dan celaru.  Sedaya upaya mereka cuba mencari asas yang lebih teguh untuk menonjolkan yang mereka masih relevan bagi Malaysia.

Tetapi, dajal yang telah terlepas tidak mungkin dapat dikawal lagi.  Mereka berdua akan terus memusnahkan sesiapa saja dan apa saja di keliling mereka termasuklah parti dan rakan-rakan mereka sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...