Translate

23/02/2011

MASIH RELEVANKAH PAS? ATAU HANYA MELUKUT DITEPI GANTANG!! buat semak!!

PAS memang hebat berceramah, tapi ibarat tin kosong. Macam lambang partinya, bulat, putih, kosong. Bukan main lagi parti ini mempertahan dan memperjuangkan Islam. Kononnya perjuangan mereka berlandaskan Islam, meninggikan martabat Melayu dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah jika diberi peluang memerintah. Itu hanyalah omongan kosong dan fantasi semata-mata. Tetapi, bila Karpal Pohsing keluar kenyataan, langkah mayat dulu sebelum Negara Islam dapat ditegakkan, PAS mulalah berdolak dalih, hanya kerana untuk mengambil hati rakan pakatan haram mereka.
PAS sebenarnya bukan sebuah parti politik Islam. Pas sekadar gerakan bertopengkan Islam yang mereka sendiri keliru untuk memberikan maknanya. Sesunguhnya PAS telah lama menggadaikan prinsip perjuangan asal hanya untuk memenangi pilihan raya dan inginkan kuasa. Bila kalah dalam pilihan raya PAS akan mengatakan biar kalah pilihan raya asal tidak gadai prisip. Prinsip apa ke jadahnya, tukar dokumen negara Islam kepada negara kebajikan? Bukankah itu menggadai prinsip parti demi untuk memenangi pilihan raya?
Terkini, PAS melalui Nik Aziz mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini. Kenyataan ini hanyalah merupakan gimik politik. Perubahan pendirian dan prinsip itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini. Bukankah ini merupakan satu lagi bukti yang PAS amat gila akan kuasa.
Pas juga bukan main lagi membuat pelbagai tohmahan dan tuduhan terhadap UMNO. Tetapi realitinya, adakah Pas benar-benar gagah seperti mana mereka bersuara dan berhujah?. Semua itu hanya untuk mengambil hati pengundi. Kepada pengundi Melayu Islam lain cakapnya, dan apabila berdepan pengundi Cina dan India, lain pula autanya.
PAS melalui ’ulamanya sekadar berhujah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk tujuan tersebut ’ulama’ mereka sanggup melakukan apa sahaja. Hatta sanggup mengkafir dan menjahiliyahkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan demi menjayakan perjuangan mereka, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, dan pelbagai lagi permainan kotor umpama najis. Tegasnya, PAS begitu ghairah menyalahgunakan agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Harapan ’ulama’ PAS ini dengan melakukan perkara tersebut, orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya demi untuk kemenangan dalam pilihan raya. Itu saja matlamat perjuangan.
Pas kini begitu mudah tunduk dan mengikut sahaja apa kata DAP yang biaDAP? Bila ditanya, kena ikut sebab DAP mempunyai suara majoriti!. Pas dah tak boleh buat apa-apa melainkan terpaksa mengikut telunjuk DAP, menjadi pak turut DAP. PAS hanya tahu menjerit, memekik, melolong, mengkritik tetapi akhirnya diam kerana tidak berbisa dan tidak perlu dilayan pun. Lalu dengan mudah DAP memperlembukan PAS. Ini adalah realiti yang perlu ditelan oleh PAS. Jadi eloklah Dap ganti saja PAS kerana PAS sama saja macam DAP.
Pas kini umpama lalang. Tidak ada pendirian, pengecut! Tak payah nak dibandingkan dengan PKR kerana parti Anwar Ibrahim itu sebenarnya tak ada apa-apa pun, dan bakal berkubur akhirnya. Tak ada asas dan matlamat perjuangan. Bangsa, agama dan tanahair tiada perbezaan. Semua sama saja, depan, belakang, atas, bawah. Peranan mereka hanya betul-betul dipacu dan diperkudakan oleh Anwar Ibrahim. Buktinya jelas, semakin ramai telah lari meninggalkan Anwar dan PKR. Percayalah, tiada Anwar Ibrahim maka akan hancur musnahlah PKR ditelan bumi.

Apabila dinilai balik, UMNO dan BN masih lagi parti yang terbaik dan relevan. Ramai yang telah mengakuinya baik di lidah mahupun di hati, baik di Malaysia mahu di seantero dunia Sesungguhnya UMNO dan BN masih menjadi parti yang berpegang kepada janji. Perjuangan UMNO kerana Allah demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta.
Pas hanya pandai cakap tapi tak berani nak buat, umpama hamPAS, manakala PKR itu duri dalam daging dan musang berbulu ayam. DAP pula…. tanyalah abang kandungnya PAP. Hanya bertujuan untuk merosakkan keamanan tanah air tercinta. Fikir dan fikirlah sebelum nasi menjadi bubur. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...