Translate

16/01/2011

GEMPAR! GERAKAN SAHKAN DNA AFIFAH! MESTI BACA

Sekarang ini banyak betul cerita pasal kesahihan Farah Afifah, anak bongsu Azmin dan Shamsidar yang dikatakan sebenarnya anak Anwar dengan Shamsidar. Dari pertikaian ketulenan DNA hasil sample darah yang diserahkan Anwar (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) kepada polis, datang malam-malam mandikan dia, kelahiran dirancang supaya sama dengan tarikh lahir Anwar dan sebagainya. 

Semua ini mendesak satu penjelasan diberikan oleh pihak-pihak yang terkait iaitu Anwar, Azmin dan Shamsidar. Kalau tuduhan tak masuk akal pembantu rumah dirogol DS Rais Yatim boleh disensasikan, kenapa tuduhan Afifah sebenarnya anak Anwar bukan Azmin ini tidak boleh kita sensasikan juga.

Tapi jangan salah, kita tak busuk perangai macam pembangkang dalam kes DS Rais, tujuan kali ini untuk cari kebenaran tanpa memihak sesiapa. 
Sepatutnya inilah masa Anwar dan Azmin dan Shamsidar untuk tutup mulut Ummi Hafilda Ali (yang pecah rahsia) selama-lamanya. Masa untuk buktikan bahawa Ummi Hafilda ini penipu dan pembohong. Hari ini bukan pun susah nak dapat DNA, tak payah ambik darah macam tahun 1997 dulu, dari air liur boleh, kolikel rambut boleh. Tak rimas ke banyak skandal?

Selama hari ini orang banyak bercakap tentang hubungan istimewa Anwar dan Azmin. Azmin menang jawatan Timbalan Presiden PKR pun (antara jawatan tertinggi bukan terdiri ahli keluarga) atas sokongan Anwar. Hubungan akrab ini dikaitkan dengan kemurahan hati Azmin berkongsi apa yang dinikahnya dengan Anwar, sehingga memancutkan benih dan menerbitkan budak.


Tidak senangnya Wan Azizah dan Nurul Izzah dengan pencalonan dan pemilihan Azmin pun dikaitkan dengan budak yang diterbitkan hasil hubungan terlarang yang di atas.

Dulu ada sapina oleh pejabat peguam negara dalam kes perbicaraan Allahyarham penulis buku 50 dalil supaya Afifa yang ketika itu berusia 4 tahun dibawa ke mahkamah untuk disahkan sekali lagi keaslian bapanya. Tapi Azmin melalui peguam Roy Prabakharan menentang sapina tersebut atas alasan Afifa ketika itu masih kecil, tak tahu apa-apa. Sekarang Afifa dan remaja pun, eloklah kalau dibuktikan sekali lagi profil DNAnya sama ada masih sama seperti sample darah yang diserah Anwar kepada Dato Musa Hassan (kini Tan Sri) pada 1997.

Prosedur ambik sample pada masa itu pun dah tak betul, macam mana pulak Anwar boleh serah sample kepada polis, dia siapa? Ahli kimia ke? Mentang-mentang sample itu diambil bukan dengan arahan mahkamah, maka itu cara pengambilan dan penyerahan sample pun tidak mengikut prosedur biasa. Inilah masanya Anwar membetulkan apa yang salah dan membersihkan namanya yang terpalit dengan macam-macam skandal yang memalukan.

Lagipun dalam perbicaran liwat pertama, ada disebut pasal 13 sampel tompokan air mani atas tilam di Trivolli Villa milik Anwar dan Shamsidar. Semua ini menjadikan ada sebab kenapa Anwar perlu membutkikan bahawa dakwaan yang si Afifah ini anaknya adalah tidak betul.
Justeru itu kita galak supaya ditubuhkan satu gerakan untuk mematahkan dakwaan Ummi Hafilda ini. Tujuan penubuhan Gerakan ini ialah untuk membuktikan bahawa Afifah adalah sebenarnya anak Azmin dan Shamsidar, bukan anak Anwar seperti yang dikatakan Ummi Hafilda.

Oleh kerana gerakan ini bertujuan nak cari kebenaran, siapa pun boleh sertainya. Penyokong BN, penyokong PKR malah penyokong PAS yang asal-asal tuduh Anwar al-jubori dan paksa Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamamd untuk ambik tindakan ke atas Anwar pun boleh join sekali. Kita lantik sama ada Karpal Singh atau Mat Sabu sebagai pengerusi gerakan pasal depa dua orang ini ada ‘keunikkan’ sendiri dalam hal Anwar ini.

Sekali lagi nak ingat, kita tidaklah menuduh hanya nak cari kebenaran. Tapi apa salahnya kan dibuat ujian DNA sekali lagi. Bukannya susah, kalau salah, salahlah.

Tapi kalau betul, siaplah, memang ia akan jadi isu of the year..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...