Yang di-Pertuan Agong | |
Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim | |
---|---|
Yang di-Pertuan Agong ke- | 6 |
Raja Permaisuri Agong | Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra |
Negeri | Kelantan |
Keputeraan | 10 Disember 1917 Istana Balai Besar, Kota Bharu,Kelantan |
Kemangkatan | 29 Mac 1979 Kuala Lumpur |
Mula jawatan | 21 September 1975 |
Tamat jawatan | 29 Mac 1979 |
Penyandang terdahulu | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah |
Penyandang kemudian | Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar |
Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (10 Disember1917 - 29 Mac 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keenam.
Tengku Yahya Petra ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan pada hari Ahad, 10 Julai 1960, dengan gelaran "Sultan Yahya Petra", untuk menggantikan ayahanda baginda, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Pada 6 Oktober 1966, Sultan Yahya Petra menjadi Kolonel Briged Artileri Malaysia.
Pada 22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja. Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada 21 September 1970. Kemudian pada 19 Jun 1975, Majlis Raja-Raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong, anakanda Baginda, Dulia Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra menjadi Pemangku Sultan.