Translate

24/12/2010

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 5


Yang di-Pertuan Agong
Img agung5 2.gif
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Yang di-Pertuan Agong ke-5
Raja Permaisuri AgongTunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
NegeriKedah
Keputeraan28 November 1927
Alor SetarKedah
Kemangkatan-
Mula jawatan21 September 1970
Tamat jawatan20 September 1975
Penyandang terdahuluSultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Penyandang kemudianSultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah yang Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.
Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.
Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham CollegeOxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajmemberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.
Setelah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali memerintah sebagai Sultan Kedah pada 21 September 1975, hingga kini.
Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
  1. Tuanku Hajjah Bahiyah, anakanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut ulang tahun pemerintahan baginda ke 50 atau Jubli Emas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...