Translate

23/11/2010

TAUBAT DAN RAHMAT

TAUBAT DAN RAHMAT

Taubat ini berhubung rapat dengan Rahmat ALLAH(swt) kerana apabila seseorang hamba itu bertaubat ia akan melalui Pengampunan dan pengampunan ini berhubung dengan Rahmat ALLAH(swt). Rahmat ALLAH(swt) meliputi segala sesuatu sesuai dengan firmanNya dalam surah al-A’araf ayat 156 yang bermaksud: “Dan RahmatKu meliputi segala sesuatu.” Rahmat ALLAH(swt) adalah lebih hampir  kepada orang-orang yang ta’at kepadaNya dan ber’ibadat dengan sabar dan sebaik-baiknya.
 Dalam surah al-A’araf ayat 56 ALLAH(swt) berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi ini, sesudah (ALLAH(swt)) memperbaikinya dan berdo’alah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan) sesungguhnya rahmat ALLAH(swt) amat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.” Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulullah(saw) bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihni maka ia tidak akan dikasihani.”

TAUBAT DAN TAUBAT NUSUH
        Taubat memberi dua pengertian. Pertama: Taubat dari ALLAH(swt) yang memberi erti bahawa ALLAH(swt) memberikan keampunan kepada hambaNya yang bersalah dan menyesal diatas kesalahannya. Kedua: Taubat dari hamba yang memberi erti bahawa hamba itu meminta keampunan dari ALLAH(swt) diatas kesalahannya.
        Taubat Nusuh adalah taubat yang sebenar-benarnya yang menuh dengan ke’azaman dan kesungguhan yang membawa kepada penyesalan apa yang dilakukan dari perbuatan ma’asiyat, dan diikuti dengan perasaan benci terhadap ma’asiyat. Dan jika sekiranya dosa itu akibat dari kecuaian dalam melakukan solat atau pun puasa dalam bulan Ramadhan, ianaya hendaklah ditunaikan kembali oleh sipelakunya dan jika ia satu kezaliman yang dilakukan terhadapa seseorang hendaklah memohon ma’af dari orang itu dan menyesal atas perbuatan yang dilakukannya.

ARRAGHIB ASFAHANI
        Menyatakan bahawa terdapat empat syarat iaitu:-
1.   Meninggalkan perbuatan yang dilarang itu kerana buruknya;
2.   Menyesal atas apa yang dilakukan dengan sesungguhnya;
3.   Ber’azam untuk tidak kembali mengulangi perbuatan itu, dan
4.   Menunaikan kembali apa yang cuai dengan sebaik mungkin.

Saiyidina Ali Ibn Abu Talib (r.a.) pernah berkata bahawa taubat itu memberi enam pengertian:-
1.   Kepada sesuatu yng berlaku dari dosa dengan rasa kesal;
2.   Menghilangkan fardhu dengan mengembalikannya;
3.   Mengembali kezaliman;
4.   Membiasakan diri dengan ta’at bagaimana ianya telah dibiasakan dengan perlakuan ma’asiyat,
5.   Sabar dan ta’at sebagaimana ia telah disukai dengan ma’asiyat.
Hassan al-Basri pernah berkata bahawa “Taubat Nasuha” itu ialah menyesal dengan sesungguhnya didalam hati dan beristighfar dengan lisan / lidah dan meninggalkan segala perbuatan ma’asiyat yang dilakukan oleh segala anggota tubuh dan bercita-cita tidak akan kembali lagi kepada melakukan ma’asiyat itu buat selama-lamanya.
Sheikh ‘Abdul Qadir pula berkata bahawa Taubat itu ialah kembali daripada barang yang dicela pada syara’ kepada barang yang dipuji pada syara’ dan mengetahui bahawasanya dosa dan ma’asiyat itu membinasakan dan menjauhkan dari ALLAH(swt) dan dari SyurgaNya, dan meninggalakan ma’asiyat itu akan menghampirkan kepada ALLAH(swt) dn kepada SyurgaNya.

PENERIMAAN TAUBAT
        Ayat-ayat suci al-Quran al-Kareem banyak memperkatakan tentang penerimaan Taubat itu dengan terdapatnya kalimah (at-Tawwab), sebanyak sebelas (11) kali, yang menunjukkan bahawa ALLAH(swt) menerima taubat dari hambaNya. Firman ALLAH (swt) dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud: BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBERI TAUBAT DAN LAGI MENGASIHANI.”
        Ayat diatas menerangkan bahawa ALLAH(swt) mengasihani orang yang bertaubat dari apa yang telah dicuaikan dengan melakukan dosa dan ma’asiyyat, dan berusaha ia untuk mensuci dan membersihkan dirinya dengan bertaubat kepada ALLAH(swt), Tuhan yang ar-Rahman dan ar-Rahiim.
        Dalam surah al-Baqarah ayat 222 ALLAH(swt) berfirman yang bermaksud, SESUNGGUHNYA ALLAH ITU KASIH KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN KASIH KEPADA ORANG YANG MENSUCIKAN DIRI.” Imam al-Ghazali berpendapat bahawa setiap taubat yang benar itu akan diterima oleh ALLAH(swt) dan sambungnya lagi bahawa sesiapa yang menyangka bahawa taubat yang sebenar tidak diterima oleh ALLAH(swt) adalah seperti mengatakan matahari telah naik tetapi seluruh dunia masih gelap. Dengan ini mendorong kepada diri manusia supaya bertaubat kepada ALLAH(swt) dan membersihkan dirinya.
        Adakah menerima Taubat itu wajib bagi ALLAH(swt)? Penerimaan taubat itu tidak wajib bagi ALLAH(swt) tetapi kebenaran janji-janji ALLAH(swt) adalah pasti akan terjadi. Penerimaan taubat tidaklah berasaskan kepada wajib disisi ALLAH(swt) tetapi berasaskan kepada janji-janji ALLAH(swt) yang benar.
TAUBAT DAN DOSA BESAR
        Dosa besar adalah dosa-dosa yang mana  ALLAH(swt)  menjanjikan pelaku-pelakunya akan disiksa dengan ‘azab yang amat pedih dan meletakkan Hukum hadd (Hudud) buatnya seperti melakukan zina, mencuri dan membunuh. ALLAH(swt) berfirman dalam surah an-Nisaa ayat 31 yang bermaksud, JIKA KAMU MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR DIANTARA DOSA-DOSA YANG DILARANG KAMU MENGERJAKANNYA, NESCAYA AKAMI HAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN (DOSA-DOSA YANG KECIL) DAN KAMI MASUKKAN KAMU KETEMPAT YANG MULIA (SYURGA).” FirmanNya lagi dalam surah an-Najm ayat 32 yang bermaksud,MEREKA-MEREKA YANG MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR DAN (FAWAHISH) MELAINKAN DOSA-DOSA KECIL.” Rasulullah(saw) bersabda yang bermaksud:JAUHILAH TUJUH PERKARA YANG MEROSAKKAN”, MAKA DITANYAKAN KEPADA BAGINDA, “WAHAI RASULULLAH APAKAH DIA ITU?” MAKA DIJAWAB OLEH NABI(SAW): (1) MENSYIRIKKAN ALLAH, (2) MEMBUNUH DIRI YANG DIHARAM OLEH ALLAH MELAINKAN DENGAN BENAR, (3) SIHIR, (4) MAKAN RIBA, (5) MAKAN HARTA ANAK YATIM, (6) LARI DARI MEDAN PEPERANGAN, (7) MENUDUH PEREMPUAN YANG TELAH BERKAHWIN YANG TIDAK TERLINTAS DIHATINYA MELAKUKAN PERBUATAN BURUK LAGI BERIMAN.”
         Oleh itu, orang-orang yang melakukkan dosa-dosa besar apabila mereka bertaubat maka ALLAH(swt) menjanjikan menerima taubat mereka dan menghilangkan kejahatan mereka.

GESAAN TERHADAP TAUBAT DAN MEMOHON KEAMPUNAN
        Firman ALLAH(swt) dalam surah at-Tahriim ayat 8 yang bermaksud:WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH DENGAN TAUBAT YANG SEBENAR-BENARNYA. MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGAMPUNKAN DARI KAMU KEJAHATAN-KEJAHATAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU KEDALAM SYURGA YANG MENGALIR DIBAWAHNYA SUNGAI.” Dalam surah an-Nuur ayat 31 ALLAH(swt) berfirman lagi dengan maksudNya:BERTAUBATLAH KAMU SEMUA KEPADA ALLAH WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN MUDAH-MUDAHAN KAMU BERBAHAGIA.” FirmanNya lagi dalam surah Ali Imran ayat 133 yang bermaksud:BERSEGERALAH KAMU KEPADA PENGAMPUNAN ALLAH DAN SYURGA YANG LUASNYA (SEPERTI) LANGIT DAN BUMI DISEDIAKAN UNTUK ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”
Baginda Rasulullah (saw) bersabda bermaksud: TIDAK ADA SESUATU YANG DIKASIHI OLEH ALLAH DARI PEMUDA YANG BERTAUBAT, DAN TIDAK ADA SESUATU YANG LEBIH DIBENCI OLEH ALLAH DARI SESEORANG TUAN YANG MASIH LAGI MELAKUKAN MAA’ASIYYAT.” Sabda baginda lagi: CEPATLAH (KAMU) BERTAUBAT SEBELU M (KAMU) MATI DAN CEPATLAH (KAMU) BERSEMBAHYANG SEBELUM LANJUT MASA.” Diriwayatkan dalam Hadith yang lain yang bermaksud: BERTAUBATLAH (KAMU) KEPADA ALLAH. SESUNGGUHNYA AKU BERTAUBAT KEPADANYA TIAP HARI SERATUS (100) KALI.”
Dari ayat-ayat al-Quran al-Kareem dan Hadith Rasulullah(saw) diatas tadi fahamlah kita bahawa ALLAH(swt) dan RasulNya menggesa kepada seluruh Muslimiin dan Muslimaat supaya bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH(swt) setiap hari semoga kita semua berada dalam keadaan suci setiap masa.

ALLAH DAN ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT
        Apabila seseorang itu bertaubat maka ALLAH(swt) menjanjikan keampunan kepadanya dan juga ini adalah amat disukai oleh ALLAH(swt). FirmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud: ALLAH KASIH KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN KASIH KEPADA ORANG-ORANG YANG MENSUCIKAN DIRI.” Rasulullah(saw) bersabda yang bermaksud: WALAUPUN KAMU MELAKUKAN KEBURUKAN (DOSA) SEHINGGA MELANGIT SEKALIPUN, KEMUDIANNYA KAMU MENYESAL, NESCAYA ALLAH AKAN MEMBERIKAN KEAMPUNANNYA KEPADA KAMU.”
        Kembalinya kita kepada ajaran agama ISLAM dan kepada Fitrah ALLAH(swt) adalah sifat orang-orang mukmin. Semoga kita akan tergulung dikalangan orang-orang yang bertaqwa yang seharusnya memohon keampunan kepada ALLAH(swt) diatas segala kesalahan, kejahatan serta perlanggaran larangan ALLAH(swt) yang telah dilakukan dan semoga dengan pengampunan dari ALLAH(swt) Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kita akan dikasihi olehNya. Amiin ya Rabbal ‘Alamiin.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...