RENUNGAN
UCAPKANLAH TA’AZIYAH KEPADA MEREKA-MEREKA
YANG MENINGGALKAN SOLAT.
BARANGSIAPA (YANG) SENANG MINUM AIR
MAKA IA TIDAK AKAN MERASA RINDU KEPADA SYURGA
BARANGSIAPA MENGENAL ALLAH
TIDAK ADA SUATU PUN PERKARA YANG TERSEMBUNYI BAGINYA
TIDAK ADA GUNANYA MEMPUNYAI HARTA YANG BANYAK,
DAN WANG BERJUTA
JIKA TIDAK DIBELANJAKAN KEJALAN ALLAH
TIDAK ADA KELEBIHAN SESEORANG DIANTARA KITA
MELAINKAN ORANG YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH
KEBODOHAN YANG PALING HINA ADALAH
MELAKUKAN DAN BERBUAT KEMA’ASIYATAN TANPA HENTINYA
POKOK SEGALA KESALAHAN ITU TIGA PERKARA IAITU:
SOMBONG, HASAD DAN TAMAK HALOBA
DITAMBAH PULA DENGAN ENAM PERKARA LAGI IAITU:
KENYANG, BANYAK TIDUR, BERSENANG-SENANG,
MENCINTAI HARTA, MENCINTAI PUJI-PUJIAN
DAN MENCINTAI PANGKAT / KEDUDUKAN
ALLAH (SWT) TIDAK AKAN MENERIMA ‘AMALAN TAMBAHAN SESEORANG
JIKA SEKIRANYA IA TIDAK DIKERJAKAN DENGAN IKHLASS
SAIYIDINA ‘ALI IBN ABU TALIB (r.a.) BERKATA:
“ ‘ILMU ADALAH PUSAKA PARA-PARA NABI
SEDANGKAN HARTA ADALAH PUSAKA QARUN DAN FIR’AUN.”
TIDAK AKAN DAPAT SUATU KEBAIKAN DALAM BER’IBADAT TANPA ‘ILMU
‘ILMU ITU MERUPAKAN PENGHARUM ‘AMAL JASAD
SEDANGKAN HARTA AKAN BERTAMBAH HABIS DENGAN DIBELANJAKAN
‘ILMU ADALAH PENEGAK KE’ADILAN
SEMENTARA HARTA PULA PERUNTUHNYA
BAGI SESIAPA YANG TIDAK TERBUKA MATA HATINYA,
DAN RASA MALUNYA TERHADAP ALLAH (SWT)
ORANG YANG MENGINGINKAN KEMULIAAN DIAKHIRAT
MAKA DIA AKAN MENINGGALKAN PERHIASAN DUNIA
DOSA-DOSA ITU MERUPAKAN RACUN YANG SANGAT BERBISA
DAN MEROSAKKAN JIWA, HATI DAN AGAMA
DAN IA MERUPAKAN TABIR ANTARA SESEORANG
DENGAN APA SAHAJA YANG DIANGGAP SEBAGAI KEKASIHNYA
“PENYESALAN DAN RASA KESAL ITU ADALAH TAUBAT”
(DIRIWAYATKAN OLEH IBNU MAAJAH, IBNU HIBBAN DAN AL-HAKIIM)