Translate

01/05/2020

#PENDATANG HARAM CHINA: DALANG SINDIKET PERJUDIAN ONLINE TUMPAS

Semalam, telah dilaporkan bahawa sebuah SINDIKET PERJUDIAN TUMPAS DAN 44 WARGA CHINA telah ditahan oleh pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7).

Menurut laporan tersebut, kumpulan sindiket tersebut telah MENYEWA SEUNIT BANGLO DENGAN BAYARAN SEBANYAK RM7,000 SEBULAN. Manakala jumlah keuntungan sindiket keseluruhan berjumlah RM150,000 sehari. Enam set komputer, 17 laptop dan 75 telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.

INI BUKANLAH PERTAMA KALI kita mendengar berita mengenai sindiket-sindiket kegiatan haram yang melibatkan warga China atau warga-warga asing yang lain. Malah, berita sebegini SUDAH TERLALU KERAP kita dengari seolah-olah sindiket-sindiket sebegini adalah terlalu banyak atau terlalu kuat yang membuktikan sindiket yang melibatkan warga asing ini tidak berjaya dilumpuhkan atau dilemahkan pun.

Maka timbul beberapa persoalan di sini, APAKAH PERGERAKAN MEREKA INI DIPAYUNGI OLEH PIHAK TERTENTU kerana kita lihat pergerakan mereka sangat teratur, mempunyai kelengkapan yang canggih, aset-aset yang mewah dan pekerja-pekerja yang ramai. Jika benar mereka ini dipayungi oleh pihak tertentu, maka ini adalah suatu yang sangat membimbangkan kita.

Seterusnya, apakah KEGIATAN-KEGIATAN INI ADA KAITAN DENGAN 100,000 PELANCONG-PELANCONG CHINA DAN INDIA YANG TIADA REKOD PERJALANAN KELUAR DARI NEGARA KITA menurut Jabatan Imigresen Negara? Jika benar perkara ini, berapa ramaikah dari jumlah ini yang sudah dikenalpasti dan berapa ramaikah yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan haram di Malaysia? Kita menuntut agar pihak berwajib memberikan laporan terkini mengenai perkara tersebut.

TIMBUL PULA PERSOALAN MENGENAI ISU KAD PENGENALAN PALSU. Saya juga tertanya-tanya bagaimanakah mereka ini boleh bersenang-lenang berkeliaran di Malaysia dengan begitu mewah dan bebas jika mereka ini 'hanya pelancong'? Atau apakah mereka telah menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu untuk menikmati segala keselesaan sebagaimana warganegara Malaysia miliki?

Saya rasa banyak lagi persoalan yang boleh saya senaraikan di sini rentetan sindiket-sindiket yang berlaku tetapi saya rasa kita semua jelas bahawa INI PERKARA YANG SERIUS dan mungkin saling berkait.

Pihak kerajaan perlu mula merancang untuk menggerakkan satu ops besar-besaran untuk menumpaskan 'akar masalah' bagi segala sindiket-sindiket yang berlaku ini.

Saya tertarik dan ingin menyokong cadangan yang mendesak pihak kerajaan menukar kad pengenalan baru sebagai sebahagian usaha untuk membanteras sindiket kad pengenalan palsu.

Sebuah petisyen mengenai desakan ini sudah mula digerakkan dan diharap agar menjadi satu bentuk sokongan moral dari rakyat kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk melaksanakannya.

Diharapkan agar RAKYAT MALAYSIA BERSATU HATI DALAM ISU INI KERANA INI ISU KEDAULATAN DAN KESELAMATAN DALAM NEGERI YANG SERIUS, BUKAN ISU YANG BOLEH DIPOLITIKKAN.

Wallahu'alam.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
30 April 2020

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...