MASIH TAK SEDAR DIRI?????
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad ditempelak susulan kenyataannya
yang menyifatkan beliau sudah jadi Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan
Nasional (PN), jika mahu mengkhianati mandat rakyat.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata ia
susulan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang mendorong mana-mana Ahli
Parlimen lompat parti bagi memperkukuhkan kedudukannya, sebelum ini.
"BUKANKAH SUDAH LAMA TUN (DR MAHATHIR)
MENDORONG WAKIL RAKYAT UNTUK 'KHIANATI MANDAT RAKYAT' DENGAN LOMPAT PARTI BAGI
MEMPERKUATKAN KEDUDUKAN TUN?
"Gabungan Ahli Parlimen yang menyokong pelantikan Perdana Menteri
Kelapan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengisi kekosongan akibat ditinggalkan
Perdana Menteri Ketujuh (Dr Mahathir).
"Ia adalah dalam kerangka menunaikan mandat rakyat, duduk dan
tidak lari," katanya dalam kenyataan ringkas dimuat naik dalam ciapan di
laman Twitter, hari ini.
Semalam, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mendakwa bahawa rakaman audio
dikaitkan dengan dirinya yang tersebar di media sosial kelmarin adalah hasil
suntingan dan berniat jahat. (TAK MENGAKU JUGAK)
Dr Mahathir mendakwa, beliau sudah mengkhianati mandat rakyat ketika
dicalonkan sebagai Perdana Menteri Kerajaan PN, jika mahu melakukannya.
Kelmarin, satu lagi klip audio dikaitkan dengan mesyuarat Majlis
Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 23 Februari lalu, tular
di media sosial, menggambarkan suara dikatakan milik Dr Mahathir bersetuju
supaya parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini, klip audio individu dengan suara mirip Muhyiddin yang juga
Presiden BERSATU memaklumkan supaya memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir
untuk menentukan kedudukan parti itu dalam PH, juga tular di media sosial.
Ia disusuli klip audio kedua yang merakamkan suara mirip Dr Mahathir
meminta mesyuarat tidak memaksanya untuk mungkir janji bagi meletakkan jawatan.
Rujukan:
KLIK DISINI