Pada 28
02 2020, lebih kurang jam 11.00 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk “Melayu Tertipu Lagi” dengan membuat beberapa
kesimpulan, antaranya:
Orang yang mengagalkan penubuhan kerajaan PN adalah Tun
Dr. Mahathir.
Dalam peristiwa ini, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka daripada arena politik negara….
UMNO, PAS, Bersatu (termasuk
kumpulan Azmin) hendaklah bersatu teguh. Saya percaya, jika perikatan mereka
kuat, parti-parti di Sabah dan Sarawak, MCA dan MIC akan menyertai mereka yang
berkemungkinan membolehkan mereka menubuh kerajaan baru. Tetapi, ini hanya
boleh dilakukan tanpa Tun Dr Mahathir dalam Bersatu kerana beliau tidak boleh
menerima UMNO sebagai satu parti.
Pada masa itu, belum nampak
penyelesaian krisis itu. Terdapat tiga kumpulan,
kumpulan Tun Dr. Mahathir, kumpulan DS Anwar dan kumpulan TS Muhyiddin yang
disokong kuat oleh UMNO dan PAS, masing-masing tidak mempunyai majoriti.
Dalam masa 24 jam sehingga
petang 29 02 2020, kita dengar cerita berbagai-bagai perkembangan; PH
mencalonkan DS Anwar sebagai calon PM; DS Anwar dan pemimpin-pemimpin DAP
dengan angkuh mengatakan “we have the numbers”; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti
Waritan Sabah (Warisan) sekejap diberitakan menyokong Tun Dr. Mahathir, sekejap
meyokong DS Anwar dan sekejap menyokong TS Muhyiddin; DS Anwar sekejap
menyokong Tun Dr Mahathir, sekejap menawarkan dirinya sebagai calon dan
berlagak seperti sudah pasti akan dilantik; TUN DR MAHATHIR YANG
ENGGAN MENERIMA KEKALAHAN, bermodalkan sokongan GPS dan Warisan,
membuat perkiraan dengan PKR, DAP dan Amanah untuk ditonjolkan semula sebagai
calon PH, yang bererti kerajaan PH yang ditamatkannya dengan perletakan
jawatannya hendak dihidupkan semula dan DS Anwar sanggup mengundur diri
daripada menjadi calon PM demi menyelamatkan kerajaan PH.
Perkembangan yang terakhir
disebut itu menunjukkan sejauh mana DS Anwar dan Lim Kit Siang sangup
berkompromi untuk menyelamatkan kerajaan PH kerana, mereka tahu, JIKA MEREKA TERLEPAS KUASA, MEREKA AKAN BERADA DI KEDUDUKAN YANG
MERUGIKAN.
AKHIRNYA, PADA PETANG 29 02
2020, terbitlah kenyataan Istana Negara yang dengan
rasminya mengatakan bahawa YDPA TELAH BERKENAN MELANTIK TS MUHYIDDIN
SEBAGAI PERDANA METERI KELAPAN.
Kita berhenti di sini dahulu
untuk membuat beberapa pemerhatian.
Dengan keluarnya kenyataan
itu, tamatlah krisis seminggu itu. (Apa yang akan berlaku selepas itu, akan
dibincang berikutnya.)
Dengan terlantiknya TS Muhyiddin sebagai PM, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar tersingkir daripada perebutan untuk menjadi PM. MEREKA AKAN TERUS MENIMBULKAN MASALAH. Itu keistimewaan dan kepakaran mereka berdua. Diharapkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sudah muak dengan tindak tanduk mereka dan mengenepikan mereka untuk selama-lamanya.
Orang Melayu merasa lega kerana tidak lagi akan melihat karenah Lim Guan Eng, Mujahid, Waytha Moorhy, Theresa Kok, Syed Sdiq, Mat Sabu dan lain-lain.
Peletakan jawatan Tommy Thomas memberi nafas lega kepada lebih seribu pegawai-pegawai perundangan, ada yang telah memberi perkhidmatan lebih daripada tiga puluh tahun, menjadi pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak diber kepercayaan terhadap kepakaran mereka mereka oleh Tommy Thomas. Sebaliknya beliau melantik peguam-peguam swasta dan dibayar upah dengan wang pembayar cukai. Diharapkan seorang pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti beliau. Demikian juga diharapkan seorang pegawai MACC yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik MENGGANTI LATEEFA KOYA.
Tetapi, sebaik sahaja kenyataan itu diterbitkan, pemimpin-pemimpin PH, diketuai Tun Dr Mahathir bersama-sama DS Anwar telah menolak keputusan yang dibuat oleh YDPA itu. Itu tidak menghairankan.
Mereka
akan merayu dengan lemah longlai untuk mendapat pengampunan. Mereka terima
pengampunan walau pun cara dilakukannya menyalahi prosedur yang ditetapkan oleh
Perlembagaan. Tetapi, apabila YDPA membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi
mereka, YDPA PUN MEREKA TENTANG. Ini menunjukkan sejauh mana
mereka sanggup lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mempunyai had dan batasan.
PERKARA 40 (2), PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN:
“Yang di-Pertuan Agong boleh
bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana
Menteri;”
Perlembagaan tidak menetapkan
bagaimana baginda hendak melaksanakan budibicara itu. Tetapi, adalah patut
bahawa baginda melantik seorang ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda
mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Prlimen. Jika tidak, undi tidak
percaya mungkin akan dibuat dan, jika berjaya, PM itu hendaklah meletak jawatan
dan masalah berulang semula.
Dalan kata-kata lain, YDPA tidak
dikehendaki menemuduga setiap ahli Parlimen, apatah lagi mengambil kira senarai
yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir, untuk membuat keputusan itu.
Sekarang, keputusan telah
dibuat, PM telah dilantik, tak usahlah memperdulikan apa kata Tun Dr Mahathir, mahupun
senarainya. Jika beliau dan PH tidak berpuashati, mereka bolehlah mengemukakan
undi tidak percaya di Parlimen. Itu caranya, bukan mencabar budibicara YDPA.
Bagaimana kedudukan Tun Dr
Mahathir dan ahli-ahli Parlimen dalam senarai Tun Dr Mahathir yang tidak
menyokong TS Muhyiddin, dalam Bersatu? Saya ulangi apa yang saya katakan dalam
rencana saya “Melayu Tertipu Lagi”, jika mereka tidak mengikut pendirian parti,
singkirkan mereka.
Pagi ini, saya teruja melihat
pemimpin-pemimpin UMNO. PAS dan Bersatu bersama-sama ke Istana Negara untuk
menubuh kerajaan baru. Di harapkan ia berkekalan. GPS dan
Warisan eloklah berfikir semula dan tidak lagi mengikut Tun
Dr Mahathir ke mana sahaja yang dibawanya. SUDAH TIBA MASANYA BELIAU
DITINGGALKAN ATAU DISINGKIRKAN.
Beliau
telah terlalu banyak membuat masalah sepanjang tempoh beliau menjadi PM:
* menyebabkan
krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja sebanyak dua kali;
* menyingkirkan
Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas;
* menyebabkan UMNO dibatalkan;
* bergaduh
dengan Tun Musa Hitam;
* bergaduh
dengan DS Anwar;
* bergaduh
dengan Tun Abdullah Badawi;
* bergaduh
dengan DS Najib;
* menyerahkan
kuasa politik orang Melayu kepada DAP;
* menyebabkan
krisis Perlembagaan lagi sekarang;
* mencabar
YDPA;
* masuk
keluar UMNO entah berapa kali. Nampaknya selagi beliau ada dalam arena politik,
beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah.
KITA MULAKAN HARI BARU, TANPA TUN
DR. MAHATHIR, DS ANWAR DAN LIM KIT SIANG.
01 03 2020