Translate

23/12/2019

JANGAN TERMAKAN TIPU HELAH LIM KIT SIANG

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan tiada asas untuk bimbang dengan PENGANJURAN KONGRES ORGANISASI CINA anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan MEMBAWA KEKACAUAN jika ia bukan anti-Melayu atau anti-Perlembagaan.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata isu yang timbul adalah kerana ada perbezaan pandangan sama ada pengenalan tiga muka surat pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular akan menjejaskan sekolah Cina dan Tamil.
“Kerana semua pihak setuju untuk mengekalkan sekolah rendah Cina dan Tamil, adalah penting untuk memastikan perbezaan pendapat dalam masyarakat kita diselesaikan dengan aman serta baik dalam keadaan dan konteks perlembagaan dan kerajaan yang sedia ada.
“Usaha juga harus dibuat untuk mengelakkan sebarang polarisasi kaum dan agama di Malaysia, yang mudah tercetus akibat berita palsu dan kebencian yang mengancam kemakmuran masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengingatkan penganjuran satu kongres oleh DONG ZONG bagi MEMBANTAH PENGENALAN PEMBELAJARAN JAWI DI SEKOLAH VERNAKULAR boleh mencetuskan kekacauan.
Berikutan itu, Dr Mahathir bimbang tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan orang Melayu akan bertindak balas dengan cara sangat Melayu, (termasuk) meminta sekolah-sekolah Cina ini ditutup.
Kongres Organisasi Cina dijadual diadakan PADA 28 DISEMBER ini bagi membantah garis panduan pengajaran tulisan Jawi terkini oleh Kementerian Pendidikan.
Kongres itu untuk menggesa kerajaan membatalkan pengajaran tiga muka surat tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Bersambung: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...