Translate

22/11/2019

RAMAI WAKIL RAKYAT KITAR SEMULA PUNCA PH GAGAL MENTADBIR NEGARA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang tampil berbahas buat kali pertama selepas mengangkat sumpah Isnin lalu, menjadi tumpuan ahli Dewan ketika membangkitkan isu banjir di Kampung Ulu Pulai, Pontian.
Isu itu mendapat perhatian RSN Rayer (PH-Jelutong) (INI CONTOH SALAH SEORANG DARIPADANYA) yang mencelah dan bertanya sama ada Jeck Seng pernah membangkitkannya ketika menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal sebelum ini.
“Pernah ke Tanjung Piai bangkitkan perkara ini (banjir di Kampung Ulu Pulai) sebelum ini, ketika menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal atau ini baru kali pertama,” katanya.
Jeck Seng yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, mengakui ia kali pertama dibangkitkan.
Belum sempat Rayer terus ‘menyerang’, Jeck Seng terlebih dulu bersuara dan memberitahu Kampung Ulu Pulai sebelum ini terletak dalam Parlimen Gelang Patah (kini dikenali Iskandar Puteri) yang diwakili Lim Kit Siang daripada DAP.
“Ini kali pertama saya ambil alih kawasan berkenaan. Saya bangkit untuk tuntut supaya kerajaan bertanggungjawab dan menjaga kawasan saya.
“Jika sebelum ini, Jelutong (Rayer) kena tanya apa Gelang Patah (Kit Siang) buat,” katanya sambil disambut sorakan wakil pembangkang lain.
Terdahulu, Jeck Seng meminta kerajaan segera mendalamkan Sungai Pulai dan melihat kembali jajaran pembentung serta saliran bagi mengelak banjir di Kampung Ulu Pulai berulang.
Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...