Rabu, 29 Mei 2019

KERAJAAN HANCING PAKAR TOLAK MENOLAK

PERDANA MENTERI hari ini memberitahu beliau TIDAK MENGETAHUI status terkini bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.
Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui di sini selepas mesyuarat Majlis Kewangan Negara berkata, pihaknya tidak membincangkan perkara itu dalam mesyuarat berkenaan.
Namun kata beliau, terdapat banyak perbincangan pada pertemuan yang lain untuk mencari jalan bagi membantu kewangan dan kelangsungan Felda.
Berhubung “ELAUN KHAS” Hari Raya itu, Dr Mahathir berkata, perkara itu BOLEH DIRUJUK KEPADA MENTERI HAL EHWAL EKONOMI, MOHAMED AZMIN ALI.
“Pegawai kerajaan kita bagilah. Tapi saya tak tahulah mereka ini (peneroka) pegawai atau tidak.
“YANG ITU PERGI TANYA AZMIN,” katanya dalam satu sidang media di bangunan Kementerian Kewangan
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Rabu lalu, Azmin berkata kerajaan tidak membuat apa-apa keputusan berhubung pemberian “duit raya” kepada peneroka Felda susulan keadaan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang.
Sebaliknya, kata Azmin, keutamaan kerajaan kini ialah untuk memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.
Beliau menjelaskan, KERAJAAN TIDAK BERUPAYA MEMBUAT SEBARANG JANJI dalam mengumumkan bantuan khas itu seperti diamalkan sejak 2011 bagi memastikan setiap perbelanjaan kerajaan menepati matlamat jangka panjang dan lestari.
KERAJAAN KOCEK SENDIRI. KETERANGAN LANJUT KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...