Selasa, 16 April 2019

TEWAS TIGA KALI : MAHACAI PH GESA KERAJAAN BERTINDAK LEBIH 'KEJAM' KEPADA PAS & UMNO

Tumbangnya PRK Rantau adalah bukti PENOLAKAN KETARA RAKYAT MALAYSIA KEPADA KERAJAAN PH setelah diberikan peluang untuk mentadbir negara.

Namun setahun memerintah mereka memperolehi gaji bulanan berpuluh ribu ringgit sebulan tetapi banyak peruntukkan rakyat dipotong lebih parah mereka asyik menyalahkan pemimpin BN terdahulu.

Isu kerosakan dilakukan kerajaan terdahulu telah dimainkan sebelum pru 14 dan sehingga PRK RANTAU MENYEBABKAN RAKYAT MUAK dan mula beralih arah ke BN.

Buktinya mereka tumbang dengan majoriti besar di PRK Rantau. Susulan kekalahan itu penyokong PH melalui PAGE OTAI BERSIH mengesa kerajaan bertindak lebih tegas pada mereka yang menyokong UMNO dan PAS berikut petikan daripada page tersebut.

*PIMPINAN PH PERLU BERI PERHATIAN SEGERA*

Saya telah mendapat beberapa pandangan dan cadangan drp orang ramai supaya kerajaan PH mengkaji balik perkara-perkara berikut:-

1) JANGAN BENARKAN PEMIMPIN UMNO / PAS DIBERI KEBEBASAN MASUK PUSAT2 PENGAJIAN TINGGI utk meracuni pelajar termasuk jgn benarkan ustaz-ustaz misalnya Ustaz Azhar utk mempengaruhi pelajar menyokong PAS.

2) JANGAN BENARKAN KEBEBASAN TANPA KAWALAN MEDIA UTAMA SEPERTI TV3 dll memberi peluang kpd pemimpin / para akademik yg pro UMNO / PAS menyerang PH. Akhbar2 juga perlu dikawal jangan melampau sangat.

3) Perasmian Mesyuarat PIBG oleh pemimpin PAS / UMNO menjadi tempat pemimpin mereka mempromosi parti masing2. PH tak perlu tunjuk baik kerana PAS / UMNO selalu kritik PH.

4) MPKK PERLU DIASINGKAN SEGERA DGN MPKK DI T’GANU / K’TAN / PAHANG / PERLIS. Sikap Menteri PH yg tak mahu mendengar nasihat penyokong PH menyebabkan ramai penyokong PH kecewa dgn Menteri Rina yg dianggap lemah dan tidak menjaga hati org2 PH.

5) DANA RAYA / DANA REMAJA / DLL MESTI MELALUI AGENSI PERSEKUTUAN DENGAN MELIBATKAN MPKK PH.

6) Menteri / Timbalan menteri perlu menjawab sebarang isu yg cuba dikelirukan oleh PAS / UMNO melalui TV.

7) KENA BERTINDAK KPD PEGAWAI / KAKITANGAN KERAJAAN YG SABOTAJ KERAJAAN PH. Golongan guru 60% adalah penyokong PAS dan 30% masih menyokong UMNO. Golongan guru yg menyokong PH dalam 10% sahaja. Pegawai2 pendidikan negeri dan daerah majoriti besar masih setia kpd UMNO

8) Group cybertrooper UMNO / PAS diarah menyerang kerajaan PH kerana gagal melaksanakan manisfesto.

9) DAP dianggap anti Islam dan anti bangsa Melayu. DAP dianggap mengetuai PH dan Amanah / Bersatu adalah boneka DAP.

10) PAS / UMNO meracuni rakyat kononnya Menteri seperti Rina / Kulasegaran / Dr Mazlee dan Raja Bahrin dikatakan cukup lemah dalam pentadbiran di kementerian masing2.

11) PH gagal mengadakan group Cybertrooper utk menyerang PAS / UMNO. Asyik bergaduh sama sendiri dlm PH terutamanya di T’ganu dan Kelantan.

12) PAS / UMNO memberitahu penyokong2nya bahawa BN akan dpt ambil balik pemerintahan dlm PRU-15. Kerajaan PH adalah kerajaan sepenggal. KABINET PH MESTI BERTINDAK SEGERA JGN BERDIAM DIRI DGN STRATEGI PASNO.

13) KERAJAAN PH JANGAN BERI KEBEBASAN YG TIDAK DIKAWAL KPD PAS / UMNO YG MENGGUNAKAN ISU AGAMA DAN BANGSA MELALUI MEDIA. Tindakan perlu diambil kpd mana2 pihak yg menanamkan sikap kebencian kaum di Malaysia.

14) Tak ada faedah kerajaan PH ingin menunjuk baik kpd PAS / UMNO kerana mereka tetap menyerang PH yg dianggap boneka DAP.

15) Pemimpin PH jangan lupa diri apabila pegang jawatan dan JANGAN LUPA PENYOKONG PH YANG MEMENANGKAN KAMU.

OLEH ITU JANGAN LUPA PENYOKONG2 DAN LAKSANAKAN SEGERA MPKK SECARA BERASINGAN DARIPADA PASNO. KABINET JGN TIDUR DAN SELESA DGN JAWATAN KAMU.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...