Selasa, 9 April 2019

MB BERMASALAH PATUT DIHUMBAN KELUAR

OSMAN SAPIAN MEMANG TIDAK LAYAK SEBAGAI MB JOHOR.

JOHOR BAHRU 9 April - Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal ke Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya hari ini adalah selaku wakil rasmi Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar beliau, Abdul Hakim Ab. Rahman ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Osman meminta Dr. Sahruddin untuk menggantikan beliau dalam menghadapi pertemuan dua hala tersebut.

Ketika ditanya mengapa Osman bertindak sedemikian, Abdul Hakim enggan mengulas lanjut.

Akhbar hari ini melaporkan Osman tidak menghadiri pemukiman antara Malaysia dan Singapura yang diadakan di Putrajaya hari ini dan tempatnya digantikan dengan Dr. Sahruddin. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI  © Utusan Melayu (M) Bhd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...