KUALA LUMPUR 6
April - Keputusan kerajaan menarik diri daripada STATUT ROM MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA (ICC) setelah mengambil
kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja terus menjadi polemik
dalam kalangan rakyat.
Hujah
berlakunya kekeliruan terhadap perkara itu dan menjadi bahan politik adalah
alasan kenapa kerajaan terpaksa bertindak sedemikian.
Isu pokok yang
menjadi perdebatan adakah kedudukan raja-raja akan tergugat jika Malaysia
menandatanganinya.
Berikutan itu
Mingguan Malaysia mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk
peguam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pasukan keselamatan bagi
membolehkan kita memahami apa sebenarnya Statut Rom dan sejauh manakah ia
dikaitkan dengan kedaulatan negara serta kedudukan Raja-Raja. Berikut antara
maklumat diperolehi:
KESAN KEPADA RAJA-RAJA
• Majlis
Raja-Raja mempunyai kuasa untuk meluluskan apa juga undang-undang yang
berkaitan kedudukan raja-raja dan meneliti dasar negara yang tertentu bersama kerajaan.
• Kedudukan
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan pemerintah tertinggi Angkatan
Tentera disentuh dalam Perkara 27 dan 28 (a) Statut Rom. Oleh itu Statut Rom
perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja kerana memberi kesan kepada
keistimewaan dan kedudukan raja-raja.
• Apabila
dikuatkuasakan pada 1 Jun 2019, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
berhadapan risiko dibicarakan di ICC kerana undang-undang sedia ada di negara
ini tidak boleh menyiasat dan mendakwa Seri Paduka dan Raja-Raja.
• Malaysia akan
terikat dengan semua 128 perkara dalam Statut Rom tanpa pengecualian seperti
dinyatakan dalam Perkara 120 Statut Rom.
• ICC tidak
mempunyai halangan untuk mengambil tindakan terhadap Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara biarpun Seri Paduka mempunyai kekebalan dalam
Perlembagaan.
• ICC ada kuasa
untuk menentukan sama ada negara anggota berada dalam kedudukan ‘tidak mahu
atau tidak mampu’ dalam menangani sesuatu jenayah.
UNDANG-UNDANG SYARIAH TERGUGAT
• Tindakan yang
diambil ke atas perlakuan seks sejenis oleh Mahkamah Syariah akan dikategorikan
sebagai jenayah penindasan memandangkan Perkara 7 Status Rom mengkategorikan ia
di bawah ‘Jenayah Terhadap Kemanusiaan’.
BAGAIMANA NEGARA LAIN?
• NEGARA-NEGARA BESAR DUNIA
SEPERTI AMERIKA SYARIKAT, INDIA, CHINA, RUSIA, INDONESIA DAN IRAN TIDAK SERTAI.
• Hanya
sembilan negara di Asia Tenggara sertai.
• Dua negara di
Asia Tenggara iaitu Brunei dan Thailand yang mempunyai sistem monarki tidak
menjadi ahli demi lindungi kedudukan raja mereka manakala Filipina ikuti
langkah Burundi menarik diri menjadi ahli.
• Daripada 193
anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), 122 menjadi ahli Statut Rom.
Artikel Penuh: KLIK DISINI