‘PEPERANGAN’ yang
berlaku antara Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan
Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya menimbulkan pelbagai
reaksi daripada ramai pihak.
Terbaharu, Ketua PKR cabang Jelutong,
Shahrudin Mohd. Shariff mewakili peringkat akar umbi menzahirkan perasaan
kecewa terhadap KENYATAAN
KERAS YANG DIKELUARKAN PRESIDEN MEREKA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP
MOHAMED AZMIN.
Menurut Shahrudin, Anwar tidak
sepatutnya ‘menyerang’ Mohamed Azmin secara terbuka seolah-olah memberi andaian
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ialah seorang yang tidak berprinsip dan berjuang
hanya kerana mahukan jawatan.
Bagi Shahrudin, kritikan Anwar terhadap
Mohamed Azmin dilakukan dalam keadaan dipengaruhi emosi dan hanya mahu membela
kenyataan puteri sulungnya, Nurul Izzah.
Selain itu, Shahrudin turut menegur
tindakan puteri sulung Anwar yang mengeluarkan kenyataan bersifat serangan
kepada Pakatan Harapan (PH) dan melihat perkara tersebut sebagai tidak
sepatutnya berlaku.
“Hal ini memberi gambaran TIADA PERPADUAN MAHUPUN DISIPLIN DALAM
KALANGAN KEPEMIMPINAN PH. Kami di
peringkat akar umbi PKR mahu Anwar mengambil sikap sebagai pemimpin yang dapat
menyatupadukan parti dan bukannya membakar sentimen perpecahan,” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen
hari ini memaklumkan yang kenyataan Nurul Izzah sengaja diperbesar-besarkan
oleh akhbar The Straits Times Singapura.
RUJUKAN: KLIK DISINI