Selasa, 12 Februari 2019

PM MEMBERSIHKAN "NAJIS" YANG DIBUAT OLEH MENTERI PH???

Langkah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi kerana beliau TIDAK GEMBIRA ATAU PUAS HATI DENGAN PRESTASI ANGGOTA KABINET, kata Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin.

Realitinya adalah selepas LEBIH LAPAN BULAN MENTADBIR NEGARA, KERAJAAN PH BELUM BERJAYA MENAMPAKKAN HASIL yang boleh dirasakan oleh rakyat jelata. Kita tidak perlu berdolak-dalik bahawa semakin ramai rakyat jelata mula kecewa dengan prestasi kerajaan PH, termasuk dengan anggota Kabinet dan perkhidmatan awam.

Boleh kata setiap kali beliau (Dr Mahathir) bersemuka dengan orang ramai dan wartawan beliau ditanya BERKENAAN KETIDAKCEKAPAN MENTERI, menteri yang amat jarang melawat rakyat jelata, menteri yang asyik berswafoto (selfie) dengan pegawai-pegawai sendiri, menteri yang susah ditemui dan MENTERI YANG TIDAK BERCAKAP BENAR MENGENAI HAL-HAL PERIBADI.

Kerajaan semalam mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, yang bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi serta kewangan dan kebajikan rakyat.  Katanya, beliau melihat dengan mata kepala sendiri menteri yang disambut macam raja oleh pegawai sendiri dan dikawal amat rapi oleh polis apabila turun padang sehingga susah untuk rakyat jelata menghampiri mereka. Kalau setakat hendak disambut dan makan bersama pegawai kanan dari ibu pejabat tak payahlah susah-susah ke luar bandar atau ke rancangan Felda. Apabila ke luar bandar, ke rancangan Felda, Felcra atau kampung nelayan duduklah dengan orang kampung, peneroka, pekebun kecil, nelayan dan peniaga. katanya. 

Justeru itu beliau menasihati MENTERI KABINET agar mengurangkan atau berhenti berswafoto dengan kakitangan sendiri dan membuat tampalan Facebook, Twitter atau Instagram yang remeh-temeh. Kalau boleh atau kalau berani, tolong KAWAL ANAK BINI SUPAYA TIDAK HEBAHKAN GAMBAR DAN CERITA KEMEWAHAN MELANCONG ke pergunungan Alps, menaiki jet peribadi atau terbang kelas pertama ke Monte Carlo, katanya. 

Beliau dalam pada itu mengingatkan kerajaan PH bahawa media sosial yang membantu kemenangan PH akan menjatuhkan PH kalau menteri, menteri besar, ketua MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI BUAT KERJA TIDAK SENONOH, TIDAK CEKAP DAN TIDAK MESRA RAKYAT. Amat tidak bertanggungjawab dan amat dangkal mengharapkan PERDANA MENTERI MENYELESAI DAN MEMBERSIHKAN SEMUA “NAJIS” yang dibuat oleh menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri. Baliklah selalu ke kawasan atau ke negeri dan kurangkanlah sikit tabiat tidak berada di kawasan supaya tidaklah dituduh MALAS ATAU CURI TULANG.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...