Sabtu, 9 Februari 2019

#ISU SIJIL PALSU: MENTERI PH TIDAK BERKUALITI

Isu berkaitan KELAYAKAN PENDIDIKAN membabitkan pemimpin baik di peringkat kerajaan Pusat mahu pun kerajaan negeri yang membelenggu Pakatan Harapan (PH), TERNYATA SUDAH MENCEMARKAN IMEJ MEREKA.

Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana PH sudah menjanjikan pelbagai perkara termasuk pembaharuan dan integriti sekali gus mereka perlu menjadi contoh yang baik jika tidak mahu dianggap gagal.

Justeru, beliau berpendapat, pihak yang membuat tuduhan juga perlu mengemukakan fakta dan sokongan terhadap dakwaan dibuat, manakala pihak yang dituduh juga sebaik-baiknya perlu tampil menjelaskan dan menjawab perkara itu.

"Kita menjanjikan pembaharuan, menjanjikan masyarakat baharu (new society), integriti, sebelum ini, kita kata pihak kerajaan lama dulu begini dan begini, jadi, kita mesti jadi contoh yang baik, kalau tidak kita gagal.

"Persepsi itu sebahagian daripada politik, tapi bermakna adalah lebih baik pihak yang dikatakan itu tampil dan memberi penjelasan kerana masyarakat berhak mendapatkan penjelasan dan lebih baik berterus teranglah, perlu hadapi," katanya ketika diminta mengulas isu membabitkan kelayakan pendidikan pemimpin PH.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2019 anjuran Yayasan Sejahtera Kulai yang disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di sini sebentar tadi.

Media melaporkan, selepas cerita 'SIJIL PALSU' TIMBALAN MENTERI LUAR, DATUK MARZUKI YAHYA, orang ramai mula meragui kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Menurut laman Facebook Ops Johor, warganet mula mempersoalkan kelayakan Osman kerana pemeriksaan mereka mendapati UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985, manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...