Ahad, 11 November 2018

TAHNIAH: TIDAK PERSEFAHAMAN PUNCA PENASIHAT KHAS MASZLEE LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR - WAN SAIFUL WAN JAN meletakkan jawatan sebagai penasihat khas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkuatkuasa 30 November ini.

Namun Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan keputusan itu dibuat susulan ketidaksefahamannya dengan Dr Maszlee.
"Mudah untuk bekerja dengan menteri sebenarnya malah tak ada protokol tapi beliau mahukan keputusan dan mesti siapkan dengan cepat serta efektif.

"Beliau setuju dengan keputusan saya bahawa saya kena adil dengan PTPTN. Beliau ada minta saya tunggu dulu tapi sekarang Belanjawan 2019 dah diumum dan reformasi PTPTN akan berlaku jadi saya letak jawatan dengan persetujuan menteri," katanya lapor The Star, hari ini.

Menurut Wan Saiful, matlamat utamanya sebagai penasihat khas untuk fokus kepada beberapa perkara lain selain PTPTN NAMUN TUGASNYA SEMAKIN BERTAMBAH.
"Saya masuk pejabat kementerian jam 8.30 pagi dan balik jam 9 malam jadi saya RASA MUSTAHIL UNTUK SAYA TERUSKAN TANGGUNGJAWAB INI pada masa yang sama dalam PTPTN juga," katanya.

Katanya Dr Maszlee masih memiliki pasukan yang hebat untuk menyokongnya di kementerian.

Sumber rujukan: KLIK DISINII

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...