Khamis, 16 Ogos 2018

KJ ADALAH PUNCA PEMUDA BERALIH ARAH KEPADA PH

KITA PERLUKAN PEMIMPIN UMNO GIGIH BERUSAHA BUKAN BIJAK MENCIPTA ALASAN.

Ahli UMNO dan KJ perlu melihat bahawa kenyataan kenyataan Najib sedikit sebanyak berdasarkan kedudukan beliau sebagai ahli Parlimen Pekan dan kenyataan KJ YG MENJADIKAN NAJIB SEBAGAI KAMBING HITAM adalah sangat tidak wajar..


Lagi pun menjadikan PRK DUN Selangor sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap umno merupakan satu gelanggan yg tidak tepat.

Kekalahan BN pada PRU lalu perlu diterima sebagai kekalahan bersama akibat pengaruh fitnah dan adalah tidak wajar menjadikan PRK Sg Kandis sebagai alasan kehadiran Najib kerana saya sangat yakin sekiranya Najib tidak membantu atau Najib mengambil keputusan menyerang parti sendiri sememangnya UMNO tiada masa depan kerana Najib cukup dekat dihati ahli UMNO yang ada.

Malah hampir setiap hari KENYATAAN KENYATAAN NAJIB MUNCUL DIMEDIA SOSIAL SEBAGAI PANDUAN dan perbandingan pertadbiran sekarang dan Najib Razak sebelum ini.

Trend terkini rakyat Malaysia memilih parti yang akan diundi bukan kerana idealogi sesebuai parti sebaliknya kerana benci. Sebagai contoh apabila mereka benci BN mereka undi PH dan saya yakin berdasarkan keadaan terkini apabila mereka membenci PH saya yakin umno yang akan mereka pilih.

Lagi pun PEMIMPIN UMNO TIDAK BOLEH ADA AGENDA DIDALAM AGENDA DAN TIDAK PERLU RAKUS untuk naik keatas.

Adalah diharapkan KJ dan beberapa ahli umno BERHATI HATI MEMBUAT KENYATAAN yang tidak mengelirukan ahli ahli umno keseluruhan.


Menjadikan Najib sebagai kambing hitam adalah tindakan desperado ahli ahli politik yang kepentingan.

Sebagai ahli parti umno saya berhak menyatakan dan KJ PERLU MUHASABAH BUKAN MENUDING JARI sebaik umno menghadapi masalah dan meminjam kata kata yang pernah saya tulis sebelum ini berbunyi..

Apabila nyior sudah bongkok kura kura pun berani melintas.

Lebih 61 tahun pembangkang tidak pernah berputus asa menjadi pembangkang dan agak melucukan tidak sampai 100 hari KJ dah nak gaduh sesama sendiri..

Saya akui KJ pemimpin bijak dan ada ketokohan namun sekiranya KJ melihat kehadiran Najib melemahkan parti maka saya rela melihat KJ KELUAR PARTI dan memilh mana mana parti kerajaan kerana pemimpin BIADAB terhadap bekas pemimpin memang tidak wajar disokong..

Ketika ini rakyat sedang sibuk membuat perbandingan termasuk penoraka Felda antara pentadbiran sekarang dan pada zaman Najib Razak dan adakah kenyataan KJ ini keluar kerana KJ tidak selesa melihat nama Najib terus menjadi sebutan dan perbandingan serta mutakhir ini mula mendapat pujian?

Berjiwa besarlah KJ

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...