Translate

13/08/2018

ISU LGBT: ADAKAH MAHATHIR MENYOKONG TUNTUTAN ANAKNYA????

LGBT (juga kadangkala dipanggil GLBT) secara umumnya merujuk kepada kelompok golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender...

Istilah LGBT di kenali sebagai LGB pada era 90'an...

Dalam kegunaan moden, akronim ini berkaitan dengan perbezaan budaya songsang gay dan lesbian...

Kumpulan2 yang boleh di anggap sebahagian dari KOMUNITI LGBT termasuk kampung gay, pertubuhan hak LGBT, kumpulan pekerja LGBT di syarikat2, kumpulan pelajar LGBT di sekolah dan universiti  dan kumpulan2 agama mengesahkan LGBT...

APA YANG DI PERJUANGKAN LGBT MALAYSIA:

Pertubuhan LGBT di Malaysia adalah hasil perkembangan dan rangkaian dari Pertubuhan LGBT terbesar di dunia iaitu International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association atau ILGA... 

ILGA IALAH SEBUAH PERTUBUHAN YANG MEMAYUNGI PERTUBUHAN2 LGBT yang lain dan mempunyai tujuan serta matlamat yang sama...

Pertubuhan LGBT di Asia Tenggara seperti Singapura yang di namakan sebagai People Like Us (PLU) Singapore adalah sebuah kumpulan untuk menguruskan aktiviti2 golongan ini...
Manakala SEKSUALITI MERDEKA pula adalah sebuah organisasi yang rancak mempromosikan agenda LGBT di Malaysia...

Golongan LGBT ini MEMPERJUANGKAN SUPAYA SEKSYEN 377A(D) KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) YANG MENGHARAMKAN LIWAT DAN SEKS SONGSANG LUAR TABI’E DI MANSUHKAN SERTA MERTA kerana perkara ini amatlah bertentangan dengan prinsip kebebasan manusia golongan ini dan golongan tersebut...

Hal ini juga menjadi faktor utama terhadap Himpunan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Malaysia...

8 TUNTUTAN LGBT

Menggunakan alasan hak asasi dan kesamarataan layanan terhadap rakyat Malaysia, LGBT membawa 8 tuntutan dalam perjuangan mereka...

Secara umunya, golongan LGBT ini menyuarakan 8 tuntutan utama iaitu :

1) Aktiviti SEKS SESAMA JANTINA dengan tidak mengambil kira soal haram atau halal...

2) PENGIKTIRAFAN TERHADAP HUBUNGAN SESAMA SEJENIS ATAU BERLAINAN JENIS...

3) PERKAHWINAN SESAMA JANTINA...

4) Pengambilan anak angkat...

5) Membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera...

6) Membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera...

7) Anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual...

8) Memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi gender.

MENGAPA RAKYAT MALAYSIA MESTI MENOLAK LGBT ???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...