KUALA LUMPUR 7 Ogos - Desakan aktivis masyarakat, Datin Marina Mahathir
agar golongan
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diberikan hak kesamarataan dari sudut hak
asasi mendapat REAKSI
SEORANG DOKTOR, DR. NUR IIYANI MOHAMED.
Doktor yang berkhidmat di Hospital Raja Perempuan Zainab 11 itu menulis surat terbuka kepada Marina di Facebook pada 6 Ogos 2018.
Surat terbuka yang mendapat 4,000 suka
dan dikongsi sebanyak 2,700 kali itu bagaimanapun telah dipadamkan kerana
mendapat laporan dari netizen.
Walaupun begitu, salinan skrin surat
terbuka itu telah dikongsi di media sosial.
Marina sebelum ini berkata, apa yang
beliau mahukan untuk komuniti LGBT bukanlah meminta hak tambahan yang boleh
mencabar undang-undang seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.
Sebaliknya, menurut Marina hak yang
diminta untuk komuniti LGBT adalah hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan,
pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.
BERIKUT ADALAH SURAT TERBUKA DR. NUR IIYANI KEPDA MARINA:
Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir;
1) Saya adalah seorang doktor perubatan
dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas
apatah lagi songsang.
2) Adakah anda bersetuju kini golongan
yang mendominasi carta penghidap HIV adalah
di kalangan komuniti LGBT?
3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang
hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan
mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah
lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang
perjuangkan?
4) Adakah Cik bersetuju jika ada DARAH YANG DIDERMAKAN OLEH GOLONGAN LGBT DIDERMAKAN KEPADA SALAH SEORANG
AHLI KELUARGA CIK? (Buat masa sekarang PENGAMAL LGBT TIDAK DIBENARKAN MENDERMAKAN DARAH DISEBABKAN GAYA
HIDUP YANG BERISIKO TINGGI). Adakah itu kesamarataan yang
Cik mahukan?
5) Jika kalian melaungkan hak, maka
kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.
6) Akan tetapi, jika kalian mula
mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat
keamanan dan ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di
media-media.
7) Kami juga punya hak untuk memastikan
pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami
agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran dan perbuatan songsang
ini. NA'UZUBILLAH.
8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu
bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah TAPI PASTIKAN KALIAN BUKAN BERADA DI BUMI TUHAN!
Nur Ilyani Mohamed
Nawawi,
Pasir Mas.
6/8/2018-UTUSAN
ONLINE