Rabu, 11 Julai 2018

KHIR TOYO DI PENJARA SETAHUN, LIM GUAN ENG BILA LAGI ATAU KES DITUTUP ???

KHIR TOYO DI PENJARA SETAHUN selepas permintaan bekas menteri besar Selangor tersebut supaya dibenarkan membuat khidmat masyarakat bagi mengelak hukuman penjara ditolak hakim Mahkamah Persekutuan hari ini. – Gambar TMI
Khir Toyo Di Penjara 2015-2016
Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana menyalahgunakan pengaruhnya ketika mentadbir negeri itu untuk membeli sebidang tanah dan banglo pada 2007.
Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian terhadap Mohamad Khir selepas menolak rayuan motigasi hukuman Mohamad Khir yang memohon supaya dia diberi hukuman denda atau perintah khidmat masyakat atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, HARTANAH BERNILAI RM6.5 JUTA DENGAN HARGA RM3.5 JUTA lapan tahun lalu.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menyampaikan keputusan itu juga mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah melucutkan hak terhadap hartanah berkenaan.
Hakim berkata, khidmat masyarakat seperti dicadangkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sesuai dalam kes ini.
“Hukuman seumpama itu akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...