Translate

04/07/2018

CALON PKR DIPERBODOH-BODOHKAN OLEH DAP, PAN

3 JULAI: DAP MULA BERLAGAK bagaikan ‘KING MAKER OF DECISION’ apabila secara terang-terangan mendesak semua rakannya dalam PH MENGIKUT TELUJUKNYA termasuklah PAN yang seolah-olah membodek tak kena gaya.
Ia berlaku apabila calon speaker DUN Perak dari PKR, Siti Aisyah menarik diri dari pencalonan selepas menerima tekanan dari DAP serta PAN yang mahukan Ngeh Koo Ham sebagai calon speaker mereka.
Dalam satu status di facebook beliau yang telah dipadamkan (status tersebut sempat ditangkap layar), Siti menulis panjang lebar mengenai bagaimana peristiwa beliau menarik diri itu berlaku.
Menurut Siti, DAP dan PAN mencalonkan Koo Ham dan MEMINTA BELIAU TARIK DIRI walaupun DAP hanya mempunyai 5 Exco dalam kerajaan negeri Perak.
Beliau turut menyatakan kekesalan diatas SIKAP MEREKA YANG ANGKUH kerana mendesak Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu serta Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Siti menarik diri.
Pelantikan Koo Ham juga dilihat bakal menyebabkan pertindihan tugas kerana beliau merupakan ahli parlimen Beruas, dan jika sidang DUN dan Parlimen bersidang serentak bagaimana beliau hendak memainkan peranan sebagai wakil rakyat parlimen dan speaker DUN Perak?
BERIKUT MERUPAKAN STATUS PENUH SITI AISYAH:
“Dengan lafaz bismillah… saya dengan ini menarik diri dari pencalonan sebagi Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pagi ini.
Saya menerima amanah parti untuk menjadi calon pada hari akhir sebelum pencalonan ditutup iaitu ada 26/6/2018 jam 4 petang.
Ini kerana DAP turut menghantar nama dan menamakan Datuk Ngeh sebagai calon mewakili DAP.
Pelbagai hujah diberikan kepada DAP untuk memberikan laluan kepada keadilan memandangkan exco kerajaan negeri telah dimiliki oleh DAP sebanyak 5 posisi.
Pelbagai hujah dinyatakan, dibawa untuk kewarasan pemimpin DAP tapi malangnya mereka berkeras sehingga malam semalam. Sehinggalah SAYA DIMINTA MENARIK DIRI DARI PENCALONAN INI maka dengan berat hati saya penuhi.
Bukan kerana saya takut dan tunduk kepada DAP tetapi kerana saya tidak mahu mensia-siakan kerajaan rakyat yang terbentuk ini dan janganlah hanya KERANA SIKAP TAMAK HALOBA KITA DALAM KEDUDUKAN, KUASA DAN NAMA RAKYAT MENJADI MANGSA.
Terlalu panjang kronologi yang nak saya tuliskan bagaimana Presiden parti telah mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua Pengerusi parti di Perak untuk memberikan ruang buat keadilan NAMUN YANG ANGKUH TETAP ANGKUH.
Bagaimana saya menerima tekanan dari DS NIZAR YANG MENYURUH SAYA MENARIK DIRI dari pencalonan dan menyatakan sokongan kepada dato ngeh.
Bagaimana rombongan DAP yg diketuai Nga mendesak dan memberi tekanan kepada DSAI di hospital agar DSAI bersetuju DAP diberi tempat ini dan memaksa saya menarik diri dan kemuncaknya malam ini di kediaman MB, pertemuan MB bersama adun dihadiri oleh dato Ngeh tanpa diundang.
Biar apa sahaja hujah yang diberikan, DAP tetap mahukan posisi ini diberikan kepada mereka dengan alasan saya terlalu muda untuk ke posisi ini dan menggunakan alasan bahawa saya kurang mahir berbahasa inggeris (kurang mahir bukan bermaksud tidak mahir,kelemahan kecil yang saya akui sedang saya perbaiki.)
Di akhirnya Amanah menyatakan sokongan dan memperolehi kedudukan sebagai timbalan speaker. Setelah bercakap dengan YAB MB dan memikirkan tentang rakyat yang menjadi tuan dalam kerajaan ini,saya dengan berat hati bersetuju untuk menarik diri.
Saya mungkin bukan ahli politik tua yang hebat dalam politik kononnya tetapi saya pemimpin muda yang diajar untuk tidak rakus dan mementingkan diri sendiri.
Saya terima ini sebagai suatu proses untuk perjalanan politik saya dan bersyukur untuk menyatakan bahawa saya telah melepasinya.kini saya lebih kenal dengan siapa saya berkawan dan lawan.
Terima kasih kepada keluarga dan kepimpinan parti yang menyokong saya dan maaf atas keputusan yang telah saya buat. Saya yakin dimasa mendatang segala yang berlaku ini akan dihitung oleh Allah SWT.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...