Rabu, 27 Jun 2018

马哈蒂尔将辞职

KUALA LUMPUR 26 Jun - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad MENGAKUI MEMIMPIN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN HARI INI ADALAH LEBIH SUKAR berbanding ketika beliau menerajui kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berkata, kesukaran itu berlaku kerana sebelum ini BN mempunyai parti dominan iaitu UMNO.

“Tetapi di sini (Pakatan Harapan), kamu KENA MENDENGAR KEPADA EMPAT SUARA BERBEZA dan kamu perlu merumuskan dan mengatakan, ini secara amnya apa yang anda percaya, dan kemudian mendapatkan persetujuannya.

“Tetapi nasib baik untuk kami, kami dapat mencapai persetujuan walaupun fakta bahawa orang mengatakan gabungan kita bukan gabungan yang sangat kuat,” katanya seperti dipetik portal antarabangsa, Channel News Asia, semalam.

Sementara itu mengenai usaha menangani amalan rasuah di negara ini, Dr. Mahathir berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan amalan tanpa tunai atau menukar mata wang.

Kata beliau, walau bagaimanapun tiada keperluan untuk kerajaan menambat ringgit namun tetap akan meneliti pilihan tersebut sekiranya diperlukan.

“Kami sedang mengkaji cara terbaik bagi menurunkan rasuah, dan bagaimana untuk mengawasi wang yang dibelanjakan terutama oleh kerajaan.

“Pada ketika ini, tidak perlu (menambat ringgit). Tapi, kami juga akan meneliti amalan tersebut. Tindakan itu merupakan satu daripada pilihan yang kami ada,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...