Khamis, 10 Mei 2018

PAS KEDAH SEDIA BENTUK KERAJAAN CAMPURAN

ALOR SETAR: Pas Kedah tidak menolak KEMUNGKINAN UNTUK BEKERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL (BN) bagi membentuk kerajaan campuran di Kedah.

Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada arahan daripada kepimpinan Pas Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.

"Pada ketika ini, kita akan menunggu arahan semasa daripada Pas Pusat. Apa pun, kita bersedia dalam apa saja posisi di peringkat negeri.

"Kalau jadi pembangkang, pembangkang yang kuat dalam membentuk kerajaan," katanya pada satu sidang media khas di Kompleks Pas Kedah dekat Kota Sarang Semut, pagi ini.


Pada PRU14, Pas berjaya memenangi 15 daripada 36 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Ahmad Fakhruddin yang bertanding di DUN Pengkalan Kundor tewas kepada Datuk Dr Ismail Salleh (PKR-Amanah). Turut bertanding, Datuk Abdul Halim Said dari BN.

Ahmad Fakhruddin berkata, sebarang tindakan yang diambil oleh kepemimpinan Pas Pusat pastinya akan bersandarkan kepada kepentingan rakyat.

Mengulas kejayaan Pas merampas lebih banyak kerusi di sebalik ramalan pihak tertentu mengatakan mereka akan tewas tanpa sebarang kerusi, beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana golongan tertentu cuba bermain politik persepsi.

Namun, katanya, Pas tidak langsung menjadikan kajian pihak itu sebagai satu ukuran.

Ujarnya, PAS TELAH MELAKUKAN KAJIANNYA SENDIRI YANG TIDAK BERGANTUNG KEPADA KAJIAN PIHAK LUAR.

Ahmad Fakhruddin berkata, pencapaian Pas Kedah turut menunjukkan bahawa parti itu juga mampu memberikan saingan yang sengit kepada lawan.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...