Translate

07/04/2018

#PRU14: MAHATHIR BERJAYA MENGUCAR-KACIRKAN PH TERUTAMA DAP

PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan PENGGUNAAN SATU LOGO SAHAJA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Bagaimanapun, katanya SPR masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan penggunaan satu logo itu daripada Pakatan Harapan dan cuma mendapat maklumat mengenainya melalui laporan media.

"Kebenaran menggunakan logo adalah daripada kita (SPR).

"Kalau dia mahu guna logo baharu dan sebagainya, kita (SPR) kena beri kelulusan," katanya dalam sidang media bersempena Simulasi Bilik Gerakan PRU14 di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program di Pasir Gudang, Johor semalam mengumumkan keempat-empat parti dalam pakatan itu akan
MENGGUNAKAN SIMBOL PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) untuk PRU14 nanti.

"Kalau parti politik, dia dah daftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kemudian dia kena kemuka kepada kita. Kita tengok jika logo itu tidak bertentangan (dengan peraturan), kita luluskan saja," kata Mohd Hashim lagi.

Sementara itu, Mohd Hashim menjelaskan kenyataan beliau yang dipetik dalam laporan media (NST) telah diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu, dengan menyatakan kononnya beliau mengiyakan Kajian Semula Persempadanan Kawasan Pilihan Raya dibuat berdasarkan polarisasi kaum.

Jelasnya, apa yang dimaksudkan adalah contoh mengenai prinsip hubungan tempatan di antara etnik minoriti di Sarawak yang tidak wajar dipisahkan dan diberi perhatian oleh SPR dalam mempertimbangkan syor persempadanan semula di Sarawak sebelum ini.

"Apa yang dikatakan hanya berkaitan etnik-etnik di Sarawak bukannya merujuk kepada kaum sepertimana yang dinyatakan. Keadaan di Sarawak dan Semenanjung adalah berbeza.

"Saya berharap pihak tertentu hentikanlah memutar belitkan fakta dan ia (kajian semula persempadanan) dibuat adalah untuk kemudahan pengundi dan wakil rakyat berkhidmat kepada pengundi mereka," katanya.  BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...