Jumaat, 30 Mac 2018

MARUAH MAHATHIR DIROBEK-ROBEK SERTA PANDANGAN DIBAKULSAMPAHKAN OLEH PH

MANIFESTO PAKATAN HARAPAN (PH) MENJIJIKKAN menyebut komitmen PH untuk “menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia”. (Hak Asasi Manusia - HAM)
Janji 27 Manifesto PH pula menyebut komitmen PH untuk “MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG YANG ZALIM” dan “memastikan media mempunyai kebebasan untuk menjalankan proses semak imbang terhadap pentadbiran(nya)”.
Termasuk di dalam komitmen PH pada Janji 27 ini ialah janji untuk MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Janji 56 Manifesto PH pula menyebut komitmen PH untuk “memimpin usaha menggubal Akta Keharmonian Nasional untuk menjamin kesaksamaan, menghapuskan diskriminasi dalam semua aspek, dan menjadikan penyebaran kebencian antara kaum dan agama sebagai satu jenayah, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan”.
Saya tertanya-tanya bagaimana mungkin seorang bekas Perdana Menteri yang seluruh rakyat, malah seluruh dunia, tahu mempunyai pandangan yang sangat negatif mengenai hak asasi boleh membiarkan PH yang beliau pengerusikan menjanjikan semua ini.
Begitu juga dengan keterlibatan TUN DR MAHATHIR bersama-sama pemimpin PH yang lain untuk MENENTANG AKTA BERITA PALSU yang sangat membingungkan kerana ramai yang tahu bahawa pengenalan Akta Berita Palsu ini adalah selari dengan pemikiran beliau.
Selewat 10 Januari 2015, Tun Dr Mahathir masih menulis mengenai betapa “Liberalisme Barat yang menghalal segala-galanya tidak akan menjadikan orang Melayu lebih mulia dan lebih berjaya” dan “umumnya budaya Barat yang mengutamakan hak individu lebih daripada hak orang ramai perlu ditolak”.
Begitu juga pada 29 April 2014 di mana Tun Dr Mahathir masih menulis mengenai betapa jika demokrasi mahu hidup maka mestilah ada batasan kepada kebebasan yang dianggap sebagai demokratik di mana “kebebasan bersuara, kebebasan media, demonstrasi dan mogok mesti dibataskan”.
Malah, pada 1 Ogos 2014, Tun Dr Mahathir dengan tegas menyebut masanya sudah tiba kita berhenti bercakap mengenai kebebasan media dan akui bahawa media, termasuk internet, perlu ditapis kerana apa saja kebebasan akan sentiasa terbuka kepada penyalahgunaan.
Begitu juga pada 17 Februari 2013 di mana Tun Dr Mahathir dengan tegas menyebut beliau tidak kisah jika kerajaan menapis media alternatif kerana kebebasan yang ditawarkan oleh media alternatif menyebabkan pembohongan boleh dibuat untuk kelihatan seperti kebenaran manakala kebenaran pula boleh dibuat untuk kelihatan seperti pembohongan.
Mengenai Akta Hasutan 1948, Tun Dr Mahathir menentang sebarang cubaan untuk memansuhkannya di mana di dalam tulisan beliau pada 30 Jun 2014 beliau menyebut “apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut”, “rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia”, dan “kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara”.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...